kedai aku

Tuesday, April 9, 2013

KEBAIKAN TEH

Ada beberapa perkara penting berkaitan dengan teh yang wajib anda ketahui. Bilamana anda sebagai pengguna teh tidak tahu banyak tentang teh. Maka anda akan merasa rugi, lantaran teh sebenarnya memiliki hal-hal yang memang sangat berguna bagi penggemar teh.


Ini perkara penting yang wajib anda tahu tentang teh:

-Jumlah maksimum teh yang boleh diambil adalah 1 liter per hari atau setara dengan lima cawan teh berkapasiti 200 ml.

- Sebaiknya anda mengambil teh 1 hingga 2 jam sebelum atau selepas menikmati makanan. Kerana teh mengandungi zat aktif yang mampu menghalang penyerapan nutrien yang terdapat di makanan yang anda santap.

- Bagi anda yang senang mengambil teh celup yang direndam, jangan terlalu lama merendamnya. Teh celup cukup direndam selama 2 hingga 3 minit. Menjerang teh celup terlalu lama dapat melarutkan kandungan klorin yang ada di poket teh celup.

- Sebaiknya teh direndam dalam keadaan hangat (65 darjah celcius). Tujuannya adalah untuk nutrisi yang terkandung di dalam teh tidak rosak kerana panas.

- Meskipun menambahkan krim pada sajian teh dapat meningkatkan sensasi rasa, ada baiknya anda lupakan yang satu ini. Penggunaan krim akan mengganggu penyerapan antioksidan yang terdapat dalam teh. Meski demikian, anda boleh menambahkan susu lembu, susu soya, atau susu badam yang boleh menambahkan sensasi rasa teh.

- Pilihlah jenis teh hijau. Hal ini bukan tanpa alasan, teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding teh lain.


Teh hijau/green tea Dan Khasiatnya

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan Camellia sinensis. Ia berasal dari Negara China dan dibawa ke Jepun seterusnya meluas hingga ke seluruh dunia. Di Jepun, teh hijau dipanggil teh ‘Ocha’ atau ‘nihoncha’.

Khasiat Teh Hijau

- melindungi payudara daripada serangan kanser. Kandungan polifenol (salah satu antioksida) yang banyak di dalam teh ini dikatakan dapat meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kanser.

- menggalakkan pembakaran lemak. Bagus diamalkan untuk mereka yang ingin lansing dan menguruskan badan.

- Menurunkan aras kolesterol dalam badan serta Meningkatkan sistem imunisasi badan.

- Membantu mengawal paras gula darah (kurangkan gula dalam teh hijau anda, atau gantikan dengan gula stevia).

- Mengawal tekanan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II.

No comments:

Post a Comment