kedai aku

Sunday, October 23, 2011

something Islamic: IMAN YANG KACAK





Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang
mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi
syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan
berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan
datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan,
orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke
rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang
yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan
berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan
walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-
Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan
kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas
pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila
pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan
sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu
tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang
rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan
atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam
kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai
pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Oleh itu sahabat2 jgn lah dipinggirkan 'naskah' tersebut walau seusang mana
rupanya, namun mempunyai syafaat yang hebat diakhirat kelak. Buka dan Bacalah
walau satu huruf...........


wallahua'lam

No comments:

Post a Comment