kedai aku

Thursday, May 24, 2012

HUKUM JUAL BELI LELONG DI INTERNET


SYARAT ASAS LELONG
  1. Lelong dlm Islam = Al-Muzayadah (saling naik menaik)
  2. Nabi pernah buat jualan lelong ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) 
  3. Hukum jualan lelong
    • Mazhab Hanbali - harus (ijma')
    • Mazhab Syafiee - harus dgn syarat xniat mudarat org len & benar2 nak beli
  4. Majlis Fiqh Antarabangsa ( Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami) keluarkan syarat2 lelong
    • Setiap proses lepas menang bid = ikut syara'
    • Penganjur @ penjual buleh minta jaminan dr pembida (tkt main2 bid, tp sebenarnya tak mampu)
    • Buleh kenakan caj pd pembida utk masuk lelong (sekadar kos pengurusan sj & bkn utk untung)
    • Haram penjual @ penganjur buat bidaan palsu untuk naikkan hg
    • Haram tipu hg pasaran
    • Haram tipu kualiti barangan
  5. Lelong di kira berjudi jika pembida perlu beli hak bida setiap kali nak bida

E-BAY (kajian UZAR)
  1. Hukum jual beli di e-bay = HARUS 
  2. Utk jual beli emas, perak & matawang (bukan antik) - ada 2 pendapat
    • Tak buleh beli di ebay sbb 3 brg nie perlu diberi pd ketika pembelian (sila lihat bab riba)
    • Buleh dgn syarat brg msti smpi pada pengguna dlm masa 3 hari ( Mazhab Maliki)
  3. Komisyen oleh ebay = Harus dgn syarat di ketahui cara kiraaan & jumlahnya dari awal
  4. Sebarang pembelian dengan menggunakan kaedah @ perbankan konvensional = Haram (cth kad kredit)
  5. Halal jual dgn pembeli yg guna perbankan konvensional 
  6. Mesti tahu tempoh serah
  7. Penjual mesti buleh dihubungi (di jamin)
  8. Jaminan kerosakan oleh ebay menjadikan unsur gharar mengecil (bagus ar)
sumber : UZAR

Tuesday, May 22, 2012

TAUHID 3 SERANGKAI VS TAUHID SIFAT 20 - UAI




HUKUM POLITIK DALAM ISLAM



  • Hukum politik dalam Islam
    • bila politik nak duit = haram
  • jika 2 parti yg bertanding, dua2, tak mau Islam = jgn sokong dua2
  • jika 2 parti yg bertanding, dua2 mau Islam = sukati, nak sokong buleh, tak sukung pun puleh
  • jika ada 2 pilihan, wajib pilih pihak yg mahukan tertegaknya agama Islam
  • sape yg tak kesah ttg Islam, dia bukan gol org Islam

HUKUM SOLAT ADA AIR M**I DI PAKAIAN




  • Masalah onani
    • kawin cepat2 jika mampu - menjaga kemaluan
    • kalu tak mampu, puasalah
  • air mani = suci tapi tidak menyucikan
  • kena baju, buleh uat solat.
  • wajib basuh jika banyak sgt hingga nampak jijik pada org len

RASULULLAH S.A.W. DAN WANG 8 DIRHAM



Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, beliau mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang budak yang sedang kehilangan wang sebesar 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Beliau bergegas membeli gamis, pakaian kesukaanya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t. akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak pantas lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w. tak jadi memakai baju baru.


Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w. hendak segera pulang. Akan tetapi lagi-lagi Nabi Muhammad s.a.w. harus bersabar. Kali ini Nabi Muhammad s.a.w. menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fisik sudah sangat lazim diterima. Rasulullah s.a.w.diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w. hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, Rasulullah s.a.w. ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam Baginda s.a.w. tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah s.a.w. dengan salam tiga kali. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah s.a.w. mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah s.a.w. kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. itu penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w.. Kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah s.w.t.." Betapa bahagianya Rasulullah s.a.w. mendengar pernyataan itu. Rasulullah s.a.w. sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Rasulullah s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah s.w.t. telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. "Bahwanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya." 

UNTUKMU IBU (AEMAN)

Tuesday, May 15, 2012

MARAH!!!!!!!!!!!! - USTAZ ISMAIL KAMUS



  • jangan rajin marah
  • ahli syurga itu org yg lembut & mudah
  • ahli neraka tu org yg keras & kasar pada keluarga = silap sikit, nak melenting
  • jgn cepat ikt nafsu
  • org yg marah, eloklah berwuduk sbb marah tu dari syaitan. syaitan tu dari api, maka nak padamkan api = dgn air
  • kalu marah
    • wuduk
    • duduk
    • baring
    • tido
  • jangan jatuhkan talaq ketika marah
  • memaafkan itu lebih chantek/baik

JANGAN BURUK SANGKA



  • kebanyakan sangkaan2 itu = dosa
  • sentiasa memuji Allah jika org len dpt rezeki lebih

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Monday, May 14, 2012

HUKUM MELABUR DI ASB & ASN; BERBEZA FATWA

  1. Ada 6 fatwa kata harus
    1. Sarawak, Perak, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan & Kebangsaan
  2. Ada 3 fatwa kata haram @ tak harus
    1.  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (mmg pakar bab pelaburan)
    2. Selangor
    3. Dr Zaharuddin
  3. Ada 3 yg samar (sbb tak jumpa link asal @ sumber yg buleh dipercayai)
    1. Kedah (Harus)  http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/hukum-pinjaman-asb.html
    2. Pahang (Haram) sumber
    3. Pulau Pinang (Haram)  http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/hukum-pinjaman-asb.html 

Alasan Harus ASB & ASN
  1. Sarawak ( http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya ) link asal, tp cam broken. korang try ar buka kalu buleh
    1. Nak kembang biakkan ekonomi org Islam di negara ini sbb ekonomi org Islam di Msia teruk sgt
  2. Perak ( http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf ) link asal tapi da broken
    1. Tidak dinyatakan kenapa
  3. Majlis Fatwa Kebangsaan
    1. Daruriyah - menjaga maslahah umum
    2. Effect dgn maybank -> effect ekon negara -> pekerjaan org Islam d Maybank terjejas
    3. 30% je pelaburan haram dalam sektor kewangan
  4. Kelantan
    1. Ekonomi org Islam di Malaysia dalam keadaan darurat
    2. Lebih banyak labur pada sektor halal dari sektor haram
  5. Wilayah persekutuan
    1. Tidak dinyatakan kenapa
  6. Terengganu
    1. Kerana keadaan sosio ekon umat Islam di Malaysia
    2. Tiada tempat yg nyata haram @ syubhah dalam pelaburan asb & asN


Alasan Haram ASB & ASN
  1. Selangor
    1. aktiviti pelaburan bercampur2 dengan haram
    2. ada melabur di bank konvensional yg ada riba
    3. susah nak bersihkan hasil dividen yg haram
  2. Suruhanjaya sekuriti
    1. Tidak memayuhi garis panduan yg telah di gariskan oleh Islamic Unit Trust Fund
  3. Dr Zaharuddin
    1. Aqad pelaburan yg tidak jelas
    2. Jaminan modal
    3. Pelaburan campur haram - lebih 1/3 dari keseluruhan pelaburan


PENDAPAT AKU YG JAHIL

  1. aku sokong pendapat yg kata haram
  2. elok lah kita jauhkan dari syubhah. sbb hadith berikut

    Daripada ‘Abdullah bin An-Nu’man bin Basyir r.a katanya : “Aku telah mendengar Rasulallah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang itu telah jelas nyata  (jelas akan hukumnya) dan yang haram itu telah jelas nyata (jelas akan hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara yang syubhah (yang tidak akan jelas akan kehalalannya dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barang siapa yang berjaga-jaga  dari perkara yang syubhah, sesugguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara yang syubhah, maka ia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram, seumpama pengembala yang menggemabala kambingya di sekitar kawasan yang terlarang yang hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rumpai yang ada di dalamnya. Maka ketahuilah, bahawa kawasan larangan Allah swt adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhan jasadnya  dan jika ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah HATI
    (riwayat Bukhari & Muslim)


BAGAIMANA TENDER KONTRAK BULEH JADI BERDOSA


Kontraktor & pegawai yg urus kontrak berdosa & melakukan perbuatan haram jika urusan tender tu

  1. Rasuah dalam memilih : kontraktor bg duit kat pegwai
  2. cipta quatation sendiri : fake quotation
  3. Naikkan harga tanpa pengetahuan syarikat
  4. Menang tender bersyarat - ada perjanjian di sebalik tabir
  5. Tuntutan palsu - cth kontraktor bekerjasama buat resit palsu
  6. resit harga ciptaan - kontraktor tak nak kerjasama, pegawai yg cipta resit sendiri
  7. ambil untung sendiri - 
  8. guna syarikat sendiri tanpa pengetahuan company

i mean, berapa banyak pegawai2 kerajaan yg buat camnie? dan kontraktor2 pun untung melampau dengan harga jualan yg tidak masuk akal. 

SUMBER - UZAR

Sunday, May 13, 2012

HUKUM SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN


so far, Sijil Simpanan Premium tidak patuh syara' sbb pelaburan bercambur2 halal & haram. maka HARAM pula orang Islam menyertainya

sumber : UZAR

SABAR DENGAN KARENAH ISTERI - UST KAZIM ELIAS




  1. sapa yg bersabar dgn perangai isteri = dpt pahala cam nabi ayub as
  2. Kisah as ad & ahmad (panjang benor citernya, korang dengorla ustaz citer ye). pendekkan citer, ahmad rajin, as ad pemalas cam unta padang pasir & banyar benor buat alasan. tak yah buat kawan org gini
  3. Mana2 isteri yg bersabar dgn perangai suami yg tak baik, dapat pahala aisah
  4. suami yg baik 
    1. sabar
    2. tidak lekas marah degn isteri
  5. Perempuan akan kurang akal time marah2 & tension, uzur, ngandung, & nak monopos & kena musibah
  6. Kalu bini ngamuk, blah trus dari rumah
  7. kalu suami ngamuk, isteri kunci pintu bilik, duk dalam bilik diam2. @ potong bawang kat dapur
  8. tirulah nabi, bila istri menjawab ckp nabi, nabi tak pernah tampar istri, nabi trus tak ckp dgn istri semalaman + nabi tido kat masjid
  9. nabi saw bagi pilihan, nak nabi @ dunia. kalu nak dunia, nabi cerai time tu gak
  10. istri nabi yg paling banyak berleter = istri nabi yunus
  11. seorang istri nabi, marah & menolak dada nabi saw, nabi tak marah, tapi mak mertua nabi yg marah, tapi nabi jawab "biarlah ibu mertuaku, kerana dia lebih banyak buat kerja dari saya"
  12. org yg paling sempurna iman = org yg paling menyayangi & buat paling baik pada isteri
  13. ada 2 jenis mata. mata lebah & mata lalat.
    1. mata lebah = cari yg baik jek
    2. mata lalat = cari salah jek

STICKER KETA YG AKU MAHU!!!

CARA BERENTI PALING PUNGGUNG JAHAT

DOA PELAJAR

RAKAMAN ORG DISAMBAR PETIR (CCTV)


moral: kita buleh mati bila2 masa, bila2 tempat, apa pun sebab

Tuesday, May 8, 2012

16 MATERIAL PALING MAHAL DALAM DUNIA


MADRASAH AKIDAH - AZAB KUBUR



  • Nabi saw pernah bermimpi dengan mimpi yang menggerunkan, lalu nabi citerkan pada sahabat2 ttg mimpi nabi saw iaitu mimpi cth2 azab kubur
  • Nabi selalu tanya para sahabat ada tak dorang mimpi selepas solat subuh
  • Pada suatu pagi, nabi citer "malam tadi aku didatangi oleh 2 malaikat (mimpi)", maka nabi citer nabi nampak
    • lelaki sdgn baring, seorang lelaki berdiri memegang batu yg besar. lalu lelaki yg pegang batu tu hempas batu tu pada kepala lelaki yg baring tu, pecah kepala, cantum balik, hempas lagi
      • orang yg diberikan al-Quran. dia buleh hafal & bacanya, tapi abaikan al-quran
      • tido sebelum solat fardhu
    • lelaki yg sudah terlentang, disisi lelaki yg berdiri disebelahnya sambil memegang pecangkut besi, lelaki yg pegang cangkuk besi tu menyangkutkan cangkuk itu kesalah satu bahagian muka lelaki yg terlentang sehingga ke belakang tengkuknya, satu lagi di hidung hingga ke tengkuk, satu lagi di mata hingga ke tengkuk, pastu alihkan badan lelaki itu, pastu buat benda yg sama pada bahagian badan yg lain. kemudian cabut, pulih, buat lagi ulang2
      • penipu
    • jumpa tempat spt dapur roti, ada suara riuh rendah, nabi jenguk, nabi dapati, ada beberapa org lelaki & perempuan bertelanjang di sambar api dari bawah, bila kena sambar, dorang meraung kesakitan
      • berzina
      • pada sesiapa yg da terlanjur, pintu taubat terbuka luas. jgn citer dgn org
    • sampai di tebing sungai, air sungai tu warna merah seperti darah, ada seorang lelaki sedang berenag, ada lagi surang lelaki yg sedang kumpul batu2 di tepi sungai, setiap kali org yg berenang menghala ke lelaki kumpul batu, maka lelaki yg pegang batu tu baling batu ke dalam mulut lelaki berenang tu
      • makan riba
      • seringan2 dosa riba = zina ngan ibu
    • jumpa lelaki yg buruk muka, berjalan di sekeliling api
      • malaikat malik yg jaga neraka
    • taman yg subur, ada tumbuh2an yg warna warni. seperti musim bunga. di tengah2 taman ini terdapat seorang lelaki yg sangat tinggi sampai nabi susah nak nampak kepalanya, lelaki tu di kelilingi oleh kanak2 yg ramai.
      • nabi ibrahim
      • kanak2 tu adalah kanak2 yg mati kecit
    • tiba di kebun yg besar. nabi tak pernah nampak kebun yg besar dan cantik camtu, nabi diajak masuk oleh malaikat, nabi jumpa sebuah bandar dari emas dan perak, bila masuk, nabi jumpa beberapa lelaki yg hensem, & lelaki yg 2 face, malaikat suh lelaki 2face tu mandi di sungai yg putih cam susu, kemudia lelaki 2face tu trus bersih mukanya. malaikat kata, ini lah syurga Adnin.
      • org2 mukmin yg melakukan maksiat. 
    • nampak istana nabi. nabi mita izin nak masuk. tp malaikat kata belum sampai masanya lagi.
    • pintu taubat sentiasa terbuka sebelum nyawa sampai ke halkum

MUSLIMAH - NAZREY JOHANI

tak tau napa.... hati ini meruntum hiba bila dengar lagu nie

Album : 
Munsyid : Nazrey Johani
http://liriknasyid.com


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

JANGAN TIDUR LAGI - HIJRAH ARTIS

aku sebenarnya tak tngok program "gedik" jangan tidur lagi nih. kebanyakan penonton ++ guest jemputan gedik. aku tak suka dan benci. tambah2 2 org budak host yg sgt lancang mulut. (kecit2 da ajar benda merepek). tapi utk kali ini, aku agak suka sbb tajuk & guest dia yg best. semoga korang dan aku terus ditujukki jalan yg lurus

P/S, aku still tak suka penonton yg gedik bila berjoget.

KEADILAN DALAM ISLAM - UST ISMAIL KAMUS



Definisi Adil

  • Kamus dewan bahasa = tak berat sebelah
  • Islam = meletakkan sesuatu pada tempat yang betul
Adil itu cthnya
  • songkok pakai di kepala 
  • guna undang2 quran 
Allah suh manusia berlaku adil
Pemerintah lah yg menghidupkan undang2/peraturan yang terkandung dalam Quran

kita dilarang cukur kepala anak kita separuh = makruh. tak adil pada kepala
tak buleh pakai selipar sebelah jek. tak adil pada kaki
makruh berada di antara bayang2 dan cerah

antara 7 golongan yang tak kena panas di padang masyar ialah pemerintah yang adil

tolong saudaramu yg zalim & yg kena zalim (halang dia dari buat benda zalim).


  • dulu orang2 terpengaruh dengan undang2 greek & romawi
  • medicine = asalnya dari perkataan mad sina (pen ibnu sina)
  • Org Islam tidak perlu dipotong tangan dalam hukum hudud. 
  • di akhirat, org2 kapir akan di seksa sebb tak ikut perintah Allah, maka mereka akan jawab, mereka bukan Islam, maka akan di tanya, kenapa tak masuk Islam? chek mate
  • Dalam Islam, mesti ada saksi.
  • saksi mesti org yg tidak fasiq



  • Imam ghazali kata, susahnya nak cari wali nikah (bapa) yg tidak fasiq. kalu nak ikut pendapat2 imam lain, kena tidak fasiq setahun
  • bila buat ikut hukum, pasti Allah bantu
  • Barangsiapa menghidupkan seseorang, maka dia telah menghidupkan semua orang
  • nak jadi saksi zina, mesti 4 org lelaki yg nampak sungguh2, dan tak fasiq



  • Nabi tak kasi sahabat bunuh orang yang da mengucap.
  • Tarhim jangan lama2
  • tak buleh ngumpat orang, dendam, benci org tanpa sebab
  • tak buleh paksa org ngaku mencuri
  • tak buleh menggulingkan kerajaan, sehingga kerajaan mengharamkan solat. baru buleh guling kerajaan
  • bortukal = pokok limau = asal nama portugal

  • Perlaksanaan hukuman Islam, bermula dari hati
  • tak buleh bias
  • nak jadi pemimpin tu mudah, nak melaksanakan tugas kepimpinan tu yg payah
  • Nabi kata, kalu anak nabi saw iaitu fatimah mencuri, maka nabi akan potong tangan fatimah
  • anak2 tngah makan, jgn ganggu @ marah tak tentu pasal. tunggu dia abes dulu
  • melepaskan 9 yg bersalah lebih dari menghukum 1org yg tak salah
  • di padang masyar, akan ditanya umur buat apa
  • harta yg kita punya
    • yg telah kita guna
    • yg disedekahkan
  • "Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada harta yang bakal mengeyangkan orang lain, hisabnya aku yg tanggung" doa nabi daud <- tak bape dengar




Wednesday, May 2, 2012

CERITA SURAH YASEEN - USTAZ ISMAIL KAMUS



  • Nabi kata (lebih kurang maksud), surah Yaseen dibacakan menurut apa niat kita.
  • Bacakan Yaseen pada orang yang nak mati utk menyenangkan tercabut nyawanya
  • Maksud hadith : Apabila seseorang itu dikebumikan serentak dengan azan, menandakan rahmat turun.
  • Maksud hadith : Siapa yg mati, jika 3 orang kata si mati baik, mmg org yg mati tu baik
    • Tak boleh kita kata mayat itu baik jika kita tak kenal mayat itu- jadi munafiq
  • Maksud hadith : Nabi pernah solat jama' di rumahnya. maksud sebenar rumah dalam hadith tu ialah rumah sewa/tumpangan nabi.
    • Maksudnya solat jama' hanya sah jika di luar kawasan


  • Tak buleh (haram) keluar musafir sebelum solat jumaat jika tak yakin dapat tunaikan solat jumaat
  • Makruh keluar musafir sebelum solat jumaatjika yakin dapat solat jumaat
  • Jalan penyelesaiannya ialah keluar sebelum solat subuh
  • Ibu mengandung baca doa yaseen memantapkan Iman anaknya
  • Yaseen = 83 ayat
  • makna Yaseen
    • Dalam kitab tua = wallaualam (hanya Allah yg tau. ini lah kehebatan al-Quran)
    • Nama Nabi Muhammad SAW
    • Wahai manusia yang bernama Muhammad
    • Wahai manusia
  • Toha juga dikatakan adalah nama Nabi Muhammad saw
  • dalam surah yaseen, lebih banyak huruf "ya" dari hukurf "seen"
  • Seluruh al-Quran di simpulkan dalam surah al-fatihah, surah alfatihah disimpulkan dalam bacaan Bismillah, bacaan bismillah disimpulkan dalam huruf "ba" 
  • "bi makan bi ma yakun = di sebab akulah, terjadilah apa yang akan terjadi "
  • Hamka : jika manusia berumur 1000 tahun, habiskan seluruh masa umur untuk baca buku2 di dunia nie. confirm tak abes baca
  • jgn sekali2 rasa diri lebih alim dari org len
  • bila org tanya Nabi Musa, saper yg paling alim, Nabi Musa kata diri dia la paling alim time tu. Allah marah nabi Musa, lalu hantar jumpa nabi Khidir
  • Hati2 dgn cerita Israeliyat. banyak yg bohong jek




  • Cerita Israeliyat yg patut dikaji balik (antaranya)
    • syaitan masuk syurga dengan masuk perut ular
    • buah halkum asalnya dari malaikat tepuk tengkuk nabi adam
    • asal buah dada wanita adalah kerana malaikat tepuk dada wanita
    • Nabi Ayub letak balik ulat yg jatuh dalam pinggan baginda
  • Jgn baca buku pastu trus ambil. kena selidik dulu
  • "wau" maksudnya demi @ sumpah (dihujung perkataan baris bawah)
  • Quran ada 4 nama
    • al-Quran (yg dibaca)
    • Furgan (membeza antara yang haq & batil)
    • al-kitab
    • Al-Zihr (aku men antam eja sbb tak bapa dengar) =  (peringatan)
  • Quran = mukjizat
  • Mukjizat ada 2
    • Hissi (yg nampak)
    • maknawi (xnampak) kena guna aqal utk lihat
  • Quran di kelaskan sebagai mukjizat maknawi


huraian

  • Quran mengandungi 5 prinsip besar
    • Al-Amru = perintah
    • An-nahlu = tegah
    • Al-wa'du = janji syurga
    • Al-wa'id = janji neraka
    • Al-khabar = cerita2 dulu menjadi pengajaran org kemudian
  • Al-Quran diturunkan selama 22 tahun, 2 bulan, 22 hari
  • Haram menghalakan senjata ke arah sesama Muslim walaupun main2
  • Menyerahkan bersarung mesti bersarung
  • Tak boleh bergurau yang boleh menimbulkan kemarahan org len
  • Nabi pesan, kalu nak minta syurga, mintalah firdaus
  • memikirkan syurga = menggagahkan buat ibadat
  • memikirkan neraka = mengurangkan buat dosa
  • Allah tanya pada Jibril as, "Apa pendapat mu terhadap nereka ini" lalu Jibril kata, jika manusia tahu akan keadaan neraka ini, pasti manusia akan bersungguh2 mengelak dari neraka.
  • neraka dipanaskan 1000 tahun jadi putih, panaskan 1000 tahun lagi jadi merah, panaskan 1000 tahun lagi jadi hitam
  • kemudia Allah tunjukkan jibril perkara2 yg buleg memasukkan manusia ke dalam api neraka iaitu nafus syahwat, keseronokan dunia & syaitan, Jibril as kata, jika begini, aku takut semua org akan masuk neraka (lebih kurang maksud riwayat ini)
  • kemudia Allah tunjukkan syurga kepada Jibril as, Jibril berkata jika begini kehebatan surga, pasti manusia bersungguh2 usaha nak masuk syurga, lalu Allah tunjukkan halangan2 nak masuk syurga (amal ibadah, iman dan sebagainya), lalu Jibril as berkata, "aku takut xde saper yg dapat masuk syurga" (sila rujuk kitab yg sepatutnya, ini adalah tambahan pengetahuan aku yg cetek)


huraian

  • manusia lebih cantik dari bidadari di syurga kerana amalannya
  • tiada cemburu dalam syurga
  • Allah taala da siapkan 2 bidadari untuk setiap lelaki dalam syurga
    • Ada aku dengar dari UAI, bahawa lelaki yg paling last masuk syurga (paling cap ayam) dapat 70 bidadari. 
  • Kita sayangkan diri kita mesti ada 3
    • Taubat, (orang yang paling berbahagia di akhirat esok = org yg paling banyak istighfarnya) 
    • Muroqabah, (sentiasa ingat Allah taala)
    • Muhasabah (hisab kembali, banyak mana amal kita & banyak mana dosa kita)
  • Quran bukan buku cerita, Quran tu merupakan sesuatu yg boleh menimbulkan perasaan nak menimbulkan tauladan
  • Kenapa banyak sgt citer nabi Adam dalam al-Quran - sbb nak buat pengajran akan kesilapan yg telah dilakukan oleh nabi Adam
  • Allah larang Nabi Adam dekat pada pokok buah qordi. kalu dekat tak buleh, makan lagi tak buleh. ini dinamakan fekah mafhum aula
  • Jika tak sengaja tinggal solat = wajib Qada, jika sengaja tinggal = lagilah wajib qada
  • antara wirid vs majlis ilmu = utamakan majlis ilmu
  • tidak ada solat sunat tahiyatul masjid di surau yang tidak ada solat jumaat


  huraian

  • Haram solat selepas terbit matahari hinggalah matahari segalah
  • solat tasyriq adalah pada waktu dhuha
  • Nabi Nur berdakwah selama 800 tahun lebih. hanya 80 orang jek beriman. 

arrrrr kuliah kemain panjang. baru tafsir 3 ayat. huhu

HUKUM MANCING TIME BINI PREGNANT - UAI



Nabi tegah cederakan haiwan ketika isteri mengandung. takut Allah bayar cash pada anak

LOMPATAN KUCING SECARA SLOWMOTION - COOL

Tuesday, May 1, 2012

UMUR MINIMUM HAIWAN AQEQAH - UAI



RINGKASAN
lembu/kambing yg di mandulkan buleh dibuat Aqeqah.

Ada pendapat Ulama, haiwan di mandulkan lebih bagus sbb lebih gemuk

Jgn guna haiwan yg makan tanaman org lain tanpa izin utk aqeqah .

Aqeqah agih yg da masak (sunat)-

  • ada 2 cara
    • 1. Panggil org datang umah makan
    • 2. Antar rumah ke rumah (afdal)

Qurban agih yg mentah (syarat)

Umur minimum haiwan aqeqah

  • lembu, kerbau, kambing kampung = 2 tahun
  • biri-biri = 1 tahun



ORANG YANG KURANG AJOR - UAI



wajib belajar solat secara sempurna yg mana wajib & sunat

tak buleh men ikut2 jek. kalu pada budak2 @ muallaf bulehla

orang yg tak solat @ tak g belajar agama = org yng kurang ajor.

tak belajar tauhid = takder makrifat

tak belajar fekah = tak tau hukum hakam

tak belajar tasawuf = jadi jahat

tak belajar Quran = tak sah solat


HUKUM CARIKAN CALON ISTERI UNTUK AYAH - UAI



Boleh kawin mana2 perempuan yg kamu (lelaki) pandang baik, 2,3,4. kalu kamu takut tak dapat berlaku adil, maka 1 cukup.

Jika ayah/ibu nak kawin, wajib anak cari calon & tanggung perbelanjaan perkahwinan.

hanya wajib untuk sorang istri jek, jika ayah minta nak lagi 1. tak wajib da