kedai aku

Wednesday, May 2, 2012

CERITA SURAH YASEEN - USTAZ ISMAIL KAMUS



  • Nabi kata (lebih kurang maksud), surah Yaseen dibacakan menurut apa niat kita.
  • Bacakan Yaseen pada orang yang nak mati utk menyenangkan tercabut nyawanya
  • Maksud hadith : Apabila seseorang itu dikebumikan serentak dengan azan, menandakan rahmat turun.
  • Maksud hadith : Siapa yg mati, jika 3 orang kata si mati baik, mmg org yg mati tu baik
    • Tak boleh kita kata mayat itu baik jika kita tak kenal mayat itu- jadi munafiq
  • Maksud hadith : Nabi pernah solat jama' di rumahnya. maksud sebenar rumah dalam hadith tu ialah rumah sewa/tumpangan nabi.
    • Maksudnya solat jama' hanya sah jika di luar kawasan


  • Tak buleh (haram) keluar musafir sebelum solat jumaat jika tak yakin dapat tunaikan solat jumaat
  • Makruh keluar musafir sebelum solat jumaatjika yakin dapat solat jumaat
  • Jalan penyelesaiannya ialah keluar sebelum solat subuh
  • Ibu mengandung baca doa yaseen memantapkan Iman anaknya
  • Yaseen = 83 ayat
  • makna Yaseen
    • Dalam kitab tua = wallaualam (hanya Allah yg tau. ini lah kehebatan al-Quran)
    • Nama Nabi Muhammad SAW
    • Wahai manusia yang bernama Muhammad
    • Wahai manusia
  • Toha juga dikatakan adalah nama Nabi Muhammad saw
  • dalam surah yaseen, lebih banyak huruf "ya" dari hukurf "seen"
  • Seluruh al-Quran di simpulkan dalam surah al-fatihah, surah alfatihah disimpulkan dalam bacaan Bismillah, bacaan bismillah disimpulkan dalam huruf "ba" 
  • "bi makan bi ma yakun = di sebab akulah, terjadilah apa yang akan terjadi "
  • Hamka : jika manusia berumur 1000 tahun, habiskan seluruh masa umur untuk baca buku2 di dunia nie. confirm tak abes baca
  • jgn sekali2 rasa diri lebih alim dari org len
  • bila org tanya Nabi Musa, saper yg paling alim, Nabi Musa kata diri dia la paling alim time tu. Allah marah nabi Musa, lalu hantar jumpa nabi Khidir
  • Hati2 dgn cerita Israeliyat. banyak yg bohong jek




  • Cerita Israeliyat yg patut dikaji balik (antaranya)
    • syaitan masuk syurga dengan masuk perut ular
    • buah halkum asalnya dari malaikat tepuk tengkuk nabi adam
    • asal buah dada wanita adalah kerana malaikat tepuk dada wanita
    • Nabi Ayub letak balik ulat yg jatuh dalam pinggan baginda
  • Jgn baca buku pastu trus ambil. kena selidik dulu
  • "wau" maksudnya demi @ sumpah (dihujung perkataan baris bawah)
  • Quran ada 4 nama
    • al-Quran (yg dibaca)
    • Furgan (membeza antara yang haq & batil)
    • al-kitab
    • Al-Zihr (aku men antam eja sbb tak bapa dengar) =  (peringatan)
  • Quran = mukjizat
  • Mukjizat ada 2
    • Hissi (yg nampak)
    • maknawi (xnampak) kena guna aqal utk lihat
  • Quran di kelaskan sebagai mukjizat maknawi


huraian

  • Quran mengandungi 5 prinsip besar
    • Al-Amru = perintah
    • An-nahlu = tegah
    • Al-wa'du = janji syurga
    • Al-wa'id = janji neraka
    • Al-khabar = cerita2 dulu menjadi pengajaran org kemudian
  • Al-Quran diturunkan selama 22 tahun, 2 bulan, 22 hari
  • Haram menghalakan senjata ke arah sesama Muslim walaupun main2
  • Menyerahkan bersarung mesti bersarung
  • Tak boleh bergurau yang boleh menimbulkan kemarahan org len
  • Nabi pesan, kalu nak minta syurga, mintalah firdaus
  • memikirkan syurga = menggagahkan buat ibadat
  • memikirkan neraka = mengurangkan buat dosa
  • Allah tanya pada Jibril as, "Apa pendapat mu terhadap nereka ini" lalu Jibril kata, jika manusia tahu akan keadaan neraka ini, pasti manusia akan bersungguh2 mengelak dari neraka.
  • neraka dipanaskan 1000 tahun jadi putih, panaskan 1000 tahun lagi jadi merah, panaskan 1000 tahun lagi jadi hitam
  • kemudia Allah tunjukkan jibril perkara2 yg buleg memasukkan manusia ke dalam api neraka iaitu nafus syahwat, keseronokan dunia & syaitan, Jibril as kata, jika begini, aku takut semua org akan masuk neraka (lebih kurang maksud riwayat ini)
  • kemudia Allah tunjukkan syurga kepada Jibril as, Jibril berkata jika begini kehebatan surga, pasti manusia bersungguh2 usaha nak masuk syurga, lalu Allah tunjukkan halangan2 nak masuk syurga (amal ibadah, iman dan sebagainya), lalu Jibril as berkata, "aku takut xde saper yg dapat masuk syurga" (sila rujuk kitab yg sepatutnya, ini adalah tambahan pengetahuan aku yg cetek)


huraian

  • manusia lebih cantik dari bidadari di syurga kerana amalannya
  • tiada cemburu dalam syurga
  • Allah taala da siapkan 2 bidadari untuk setiap lelaki dalam syurga
    • Ada aku dengar dari UAI, bahawa lelaki yg paling last masuk syurga (paling cap ayam) dapat 70 bidadari. 
  • Kita sayangkan diri kita mesti ada 3
    • Taubat, (orang yang paling berbahagia di akhirat esok = org yg paling banyak istighfarnya) 
    • Muroqabah, (sentiasa ingat Allah taala)
    • Muhasabah (hisab kembali, banyak mana amal kita & banyak mana dosa kita)
  • Quran bukan buku cerita, Quran tu merupakan sesuatu yg boleh menimbulkan perasaan nak menimbulkan tauladan
  • Kenapa banyak sgt citer nabi Adam dalam al-Quran - sbb nak buat pengajran akan kesilapan yg telah dilakukan oleh nabi Adam
  • Allah larang Nabi Adam dekat pada pokok buah qordi. kalu dekat tak buleh, makan lagi tak buleh. ini dinamakan fekah mafhum aula
  • Jika tak sengaja tinggal solat = wajib Qada, jika sengaja tinggal = lagilah wajib qada
  • antara wirid vs majlis ilmu = utamakan majlis ilmu
  • tidak ada solat sunat tahiyatul masjid di surau yang tidak ada solat jumaat


  huraian

  • Haram solat selepas terbit matahari hinggalah matahari segalah
  • solat tasyriq adalah pada waktu dhuha
  • Nabi Nur berdakwah selama 800 tahun lebih. hanya 80 orang jek beriman. 

arrrrr kuliah kemain panjang. baru tafsir 3 ayat. huhu

No comments:

Post a Comment