kedai aku

Monday, May 14, 2012

HUKUM MELABUR DI ASB & ASN; BERBEZA FATWA

  1. Ada 6 fatwa kata harus
    1. Sarawak, Perak, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan & Kebangsaan
  2. Ada 3 fatwa kata haram @ tak harus
    1.  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (mmg pakar bab pelaburan)
    2. Selangor
    3. Dr Zaharuddin
  3. Ada 3 yg samar (sbb tak jumpa link asal @ sumber yg buleh dipercayai)
    1. Kedah (Harus)  http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/hukum-pinjaman-asb.html
    2. Pahang (Haram) sumber
    3. Pulau Pinang (Haram)  http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/hukum-pinjaman-asb.html 

Alasan Harus ASB & ASN
  1. Sarawak ( http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya ) link asal, tp cam broken. korang try ar buka kalu buleh
    1. Nak kembang biakkan ekonomi org Islam di negara ini sbb ekonomi org Islam di Msia teruk sgt
  2. Perak ( http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf ) link asal tapi da broken
    1. Tidak dinyatakan kenapa
  3. Majlis Fatwa Kebangsaan
    1. Daruriyah - menjaga maslahah umum
    2. Effect dgn maybank -> effect ekon negara -> pekerjaan org Islam d Maybank terjejas
    3. 30% je pelaburan haram dalam sektor kewangan
  4. Kelantan
    1. Ekonomi org Islam di Malaysia dalam keadaan darurat
    2. Lebih banyak labur pada sektor halal dari sektor haram
  5. Wilayah persekutuan
    1. Tidak dinyatakan kenapa
  6. Terengganu
    1. Kerana keadaan sosio ekon umat Islam di Malaysia
    2. Tiada tempat yg nyata haram @ syubhah dalam pelaburan asb & asN


Alasan Haram ASB & ASN
  1. Selangor
    1. aktiviti pelaburan bercampur2 dengan haram
    2. ada melabur di bank konvensional yg ada riba
    3. susah nak bersihkan hasil dividen yg haram
  2. Suruhanjaya sekuriti
    1. Tidak memayuhi garis panduan yg telah di gariskan oleh Islamic Unit Trust Fund
  3. Dr Zaharuddin
    1. Aqad pelaburan yg tidak jelas
    2. Jaminan modal
    3. Pelaburan campur haram - lebih 1/3 dari keseluruhan pelaburan


PENDAPAT AKU YG JAHIL

  1. aku sokong pendapat yg kata haram
  2. elok lah kita jauhkan dari syubhah. sbb hadith berikut

    Daripada ‘Abdullah bin An-Nu’man bin Basyir r.a katanya : “Aku telah mendengar Rasulallah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang itu telah jelas nyata  (jelas akan hukumnya) dan yang haram itu telah jelas nyata (jelas akan hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara yang syubhah (yang tidak akan jelas akan kehalalannya dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barang siapa yang berjaga-jaga  dari perkara yang syubhah, sesugguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara yang syubhah, maka ia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram, seumpama pengembala yang menggemabala kambingya di sekitar kawasan yang terlarang yang hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rumpai yang ada di dalamnya. Maka ketahuilah, bahawa kawasan larangan Allah swt adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhan jasadnya  dan jika ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah HATI
    (riwayat Bukhari & Muslim)


No comments:

Post a Comment