Sunday, January 29, 2012
Thursday, January 26, 2012
islamic : 5 PERKARA YANG BUAT MAIN2 PUN JADI BETUL
Nikah
Cerai
Rujuk
Merdeka hamba
Perbuatan kufur
p/s nie adalah catatan peribadi aku. tngah2 dengar ceramah kat internet, tetibe dapat ilmu baru. jadi supaya tak ilang, aku tulis kat sini. kalu korang baca, aku pun dapat pahala, kalu kamuorang ajar urg len, kamu dpt pahala, aku pun dpt. yahuuuuuu
Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Tuesday, January 17, 2012
islamic : GURAU CANDA RASULULLAH SAW
Rasulullah s.a.w. bergaul dengan semua orang. Baginda s.a.w menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Rasulullah s.a.w. bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah s.a.w.. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta"."Ia tidak mampu".Para sahabat yang berada di situ berkata, "Bukankah unta itu juga anak unta?"
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah s.a.w. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "Kenapa kamu ini?". "Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah s.w.t. agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Tidakkah kamu membaca firman Allah s.w.t. ini:
"Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah s.a.w. suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.
islamic : FATHIMAH AZ-ZAHRA RA & GILINGAN GANDUM
Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui anakdanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya pada anakdanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakda menangis". Lalu duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi anakdanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakdanya ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w. mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakdanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.
Rasulullah s.a.w. berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah s.w.t.", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah s.w.t. yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah s.a.w. , demi Allah s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan Baginda s.a.w. dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah Baginda s.a.w. menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah s.w.t.suatu ayat yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w. kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anakdanya, "Jika Allah s.w.t. menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah s.w.t. menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah s.w.t. menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat".
"Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah s.w.t. menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah s.w.t. akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat".
"Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa ridha suami itu daripada Allah s.w.t. dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah s.w.t.?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah s.w.t. mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah s.w.t. akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat."
Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah s.w.t. akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah s.w.t. untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah s.w.t. akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah 'amalmu maka Allah s.w.t. telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah s.w.t. akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah s.w.t. akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".
islamic : RELA MASUK NERAKA DEMI ORG LAIN
Nabi Musa a.s. suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa a.s. melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa a.s. kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa a.s: "Wahai Musa a.s., aku telah beribadah kepada Allah s.w.t. selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah s.w.t. akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah s.w.t.". Nabi Musa a.s. mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa a.s. kemudian bermunajat memohon kepada Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak.
Allah s.w.t. berfirman, "Wahai Musa sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa a.s. kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah s.w.t. kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa a.s.. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa a.s. kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Musa a.s., aku rela Allah s.w.t. memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa a.s. menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah s.w.t. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. maka Allah s.w.t. berfirman, "Wahai Musa sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurga-Ku yang paling tinggi".
islamic : MANGKUK YG CANTIK, MADU, & SEHELAI RAMBUT
Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumaHnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah s.a.w. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah s.w.t. berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
islamic : PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT
Suatu malam Baginda Rasulullah s.a.w. dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah s.w.t. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah s.a.w., pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?". Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah s.a.w.. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah s.a.w. bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah s.a.w. tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah s.a.w. berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.
islamic : JIBRIL AS, KERBAU, KELAWAR & CACING
Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibri a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelelawar.
Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".
islamic : KURMA MADINAH
islamic : CATATAN PERIBADI KETIKA KULIAH DENGAN TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
ADAB2 KETIKA BELAJAR DENGAN TUAN GURU
- berwuduk
- menghadap kiblat
- pegang kitab tangan kanan & peluk kitab
- kaki jgn melunjur ke depan
- hp tutup
- jgn bercakap2
- fokus!!!!!!
KULIAH SUBUH
MASJID NEGERI SABAH
14 JANUARI 2012
- Tuan Guru Sheikh banyak menyentuh tentang Mahabbah (kecintaan).
- Yang paling arif ttg agama & balasan pahala = Nabi Muhammad SAW
- Kebanyakan kita beribadah mengikut apa yang kita suka bukan mengikut apa yang Nabi SAW suka.
- Jika kita betul2 cintakan nabi saw & sayang nabi saw, sudah tentu kita akan beribadah mengikut cara nabi saw.
- Umar RA berkata "Aku lebih sukai apa yang Rasulullah saw suka dari apa yang aku suka"
- Lepas solat fardhu, bacaan yang sunat adalah seperti entry aku yg lepas
- Bacaan surah dalam solat - afdal baca surah yang pendek & lengkap berbanding ambil2 potongan ayat dari surah panjang. Seolah-olah rumah yang kecil lengkap dengan kemudahan asas lebih baik dari rumah besar tanpa air & letrik
- Afdal baca surah dalam solat secara beturutan. cthnya rakaat 1 = izaja anas rullah, rakaat 2 = Qulhuallah
- Afdal baca surah dalam solat pada rakaat 1 lebih panjang dari rakaat 2
- Sunnat baca surah Kulya ayuhal kafiruun & al-Ikhlas dalam solat maghrib pada malam jumaat
- Solatlah sebagaimana solat nabi saw
- Setiap anggota badan & hujung rambut ke hujung kuku - bersama2 menyumbang dalam beribadat kepada Allah
- Sunnah rambut - wuduk = sapu semua rambut, mandi = menyelati, tahlul = botak abes, sikat = mulakan kanan
- Sunnah kuku - potong ari khamis/jumaat
- Janggut - mesti rapi (tak buleh serabut)
- Hati adalah anggota paling penting dalam beribadat kerana niat membawa kepada akhirat
- Kita akan bersama2 dengan org yang kita cintai dalam dunia di akhirat nnti. kalu kita cintakan emain bola, kita akan dibangkitkan bersama2 pemain bola, kalu kita cintakan badminton, kita akan dibangkitkan dengan permainan badminton, jika kita cintakan Nabi saw, maka kita akan dibangkitkan dengan Nabi saw (mudah2an, amin)
KULIAH KITAB
MASJID BANDARAYA SABAH
14 JANUARI 2012 / 2-5PM
Antara intipati yg sempat sy catitkan
- suci = minimum 15 hari suci, maksimum 23 hari
- haid = 15 hari maksimum, selepas 15 hari, maka darah yang keluar, dikira istihadhah
- dalam masa 15 hari, apa sahaja darah kuar, dikira haid
- Jika suci pada waktu Asar, maka selepas mandi, wajib qada' Zuhur.
- Jika suci pada waktu Isyak, maka selepas mandi, wajib qada' Maghrib.
- Faedah mandi selepas Jima' @ kuar mani = menyegarkan badan (tadi badan lesu)
- Punca kepala bayi besar adalah disebabkan ibu banyak minum air sejuk
- Selaga bayi tidak keluar sepenuhnya, maka belum nifas
- Solat yang ditinggalkan ketika melahirkan anak selagi belum anak dilahirkan, wajib di qada
MASJID NEGERI SABAH
14 JANUARI 2012 / LEPAS ISYAK
kitab ni adalah berbahasa Arab (aku mmg tak pandai bahasa arab). Jadi banyak isi pengajian, aku tak baper paham. kitab ini adalah untuk amalan2 yang mujarab cthnya
- Bismillah 1000x sehari
- fatihah 41x antara azan subuh dan solat subuh
- dan banyak lagi.
KULIAH KITAB
MASJID NEGERI SABAH
15 JANUARI 2012 / 8-11am
kuliah kitab kali ini berkenaan dengan pengajaran & iktibar dari riwayat hidup Khalifah zuhud Umar Bin Abd Aziz. terlalu banyak pengajaran yang dapat dihayati. antara yang sangat menyentuh hati aku ialah
- pada ketika kematin Umar Ibn Aziz, jatuh sekeping surat yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dunia. surat itu menyatakan bahawa Umar Ibn Aziz terlepas dari api neraka
- yg lain2 korang buleh cari dlm buku nie. hehehe
Alhamdulillah.....
Monday, January 16, 2012
islamic : BACAAN ZIKIR & WIRID LEPAS SOLAT
1. “Lailaha illallah” dan “Allahuakbar“Dalam satu hadith dari Aisyah r.a. katanya “aku tahu sembahyang telah selesai apabila ada zikir” .Rasulullah ada berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma tidak diketahui apakah zikir itu “Lailaha illallah” atau “Allahuakbar”. Oleh itu bacalah keduanya sekali.
2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi….
Dalam satu hadith disebut “Mengucapkan Alhamdulillah akan memenuhi timbangan (mizan)”. Bacaan ini sering dibaca imam selepas sembahyang.
3. Istigfarlah 3 kali (Astagfirullah hal azim) dan membaca “Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”,.
Dari Tsauban,dia berkata:
“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”
4. Ayat Qursi
Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.
Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”
5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
6. Tasbih (Subhanallah 10x), tahmid (Al-hamdulillah 10x), takbir (Allahuakbar 10x)
Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.
Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1 solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 = 150 kali. Pahalanya pula 150 x 10 = 1500. Nabi ada menyebut dalam satu hadith, siapalah yang melakukan sehingga 1500 kejahatan satu hari.
Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:
“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500) kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka,siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”
sumber : NASBUN
Thursday, January 12, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Tuesday, January 10, 2012
ads : KADAR SAMAN BARU TRAFFIC DI MALAYSIA (2012)
Dear All,
Thought we should all be reminded of this. Wishing every one of you Happy and a Prosperous 2012.
TRAFFIC SUMMON CHARGES
Price quoted below are nett without further discount, bargaining are subject to price increase without further notice.
Speeding:
Exceeding 1 - 20km/h = $130 + 4 Demerit Points.
Exceeding 21 - 30km/h = $150 + 6 Demerit Points.
Exceeding 31 - 40km/h = $180 + 8 Demerit Points.
Exceeding 41 - 50km/h = $200 + 12 Demerit Points + Court.
Exceeding 51 - 60km/h = $200 + 18 Demerit Points + Court.
Exceeding 61km/h = $200 + 24 Demerit Points + Court.
Careless Driving = $150 + 6 Demerit Points.
Inconsiderate Driving = $170 + 9 Demerit Points + Court.
Dangerous Driving = $200 + 24 Demerit Points + Court + Vehicle Compounded.
Illegal Racing = $200 + Vehicle Confiscate + Court.
Fail to put on Seat Belt = $120 + 3 Demerit Points.
Double White Lines = $130 + 4 PCrossioints.
Phone and Drive = $200 + 12 Demerit Points + Phone Confiscate.
DO NOT hold your handphone in your hand when you drive even with loud speaker or ear piece.
Drink Driving (1st offence) = Up to $5,000 Fine and, or Jail Term + License Suspended + Court.
Drink Driving (2nd offence) = Jail Term + Fine + Court.
Making an illegal U Turn when there's no U-Turn sign = $70 .
Fail to Signal when changing lanes = $70 .
Driving at night without Headlights or Taillights switch on after 7pm = $30 .
No Number Plate = $70.
Obstructed Number Plate = $70.
Obscured Number Plate = $70.
Number Plate Of Unapproved Type = $70
Demerit Point System :
Let's say you have 0 point on 1st January 2011, and you committed the offence of Failing to Put on Seat Belt. So now, you will have 3 demerit points and this will last for 1 Year.
If during this 1 year you have no demerit points offence at all, your 3 demerit points will be gone on 1/1/2012.
But, if during this one year, From 1/1/2011 - 1/1/2012, you committed another offence with demerit points, your very first offence will be extended for another year until 1/1/2013.
For more information on Demerit Points (Kejara) go to
http://www.jpj.gov.my/malay/kuatkuasa08.htm
Monday, January 9, 2012
SYAITAN BISU ~ UAI
- Dalam keadaan masyarakat makin jahil dan sesat, ramai pula yg bangga dengan Islam di Malaysia
- Yang patut kerajaan rampas = kedai judi, buai musing (aku pun tak tau apa ni).
- Org yang nak rampas surau yg ramai jemaah = bodo
- Nak ramai yg datang masjid, bukan cantik yg dipentingkan
- Orang munafiq
- mempertikaikan kitab Allah
- tak suka Islam
- bukan hindu, kristian, bukan kapir
- syarat munafiq = kena solat, puasa, haji (secara zahir nampak cam Islam, tapi hati tak suka Islam)
- tak suka hukum2 quran
- tak suka ulama
- Umar ra tanya para tabiin "adakah kamu tahu apakah yang menghancurkan Islam, yang merobohkan Islam"? Umar sendiri jawab
- tergelincirnya orang alim
- org munafiq mempertikaikan hukum Islam
- Fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin = menyesatkan umat
- Orang alim keja nya bagi pencerahan pada org jahil
- Anjing kaki 4 tak masuk neraka, tapi anjing kaki 2 (ulama jahat) masuk neraka
- Anjing = najis mughalazah
- Nabi kata kalu anjing jilat air dalam bekas air kita, maka kita kena buang semua air tu
- Ulama tu jadi anjing bila
- Sembunyikan hukum Allah
- terima habuan dunia, kemudian diam perkara kemungkaran
- Allah sendiri yang menggelarkan ulama jahat ini seperti anjing dalam Quran
- Ulama upahan - nak cari harta jek
- Tahnik mulut anak biarlah orang yang soleh
- Orang alim yang ikut telunjuk orang jahil = alim bodo
- Sumer nabi maksum
- syaitan ada 2
- dari kalangn jin (bertanduk)
- dari klangan manusia (berjanggut) (syaitan bisu)
- 4 bulan 10 ari bayi dalam perut, Allah suh malaikat tulis
- ajal
- amalan
- rezeki
- celaka @ bahagia
- Nabi tak tinggal harta, tapi hanya mewariskan ilmu
- Bila kita berdakwah - kita buat kerja nabi
- Anak2 sampai umur 10 tahun, kalu tak buat benda wajib - wajib pukul
- Istri kalu buat hal, ada 3 step
- nasihat
- asing tempat tidur
- pukul
- Bacalah surah yaseen selalu pada bila2 masa
- Manusia bila susah ingat Allah
- 2 nikmat akan sebabkan manusia lupa pada Allah
- sihat
- masa lapang
- Bumi nie milik Allah, wajib kena ikut milik Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)