kedai aku

Tuesday, January 17, 2012

islamic : CATATAN PERIBADI KETIKA KULIAH DENGAN TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI


ADAB2 KETIKA BELAJAR DENGAN TUAN GURU

  1. berwuduk
  2. menghadap kiblat
  3. pegang kitab tangan kanan & peluk kitab
  4. kaki jgn melunjur ke depan
  5. hp tutup
  6. jgn bercakap2
  7. fokus!!!!!!
T. Guru Sheikh Nuruddin mmg sgt strict dgn benda nie. Alasannya, org yg sedang bermain bola di padang tak pernah bawak hp, kita takkan guna hp ketika Agung bercakap dengan kita, nah, benda2 nie suma lebih mulia dari rumah Allah? Time kuliah last tu, ada org kena halau dari masjid sbb sambil dengar ceramah, sambil telefon. huhu serun aku


KULIAH SUBUH
MASJID NEGERI SABAH
14 JANUARI 2012


  • Tuan Guru Sheikh banyak menyentuh tentang Mahabbah (kecintaan). 
  • Yang paling arif ttg agama & balasan pahala = Nabi Muhammad SAW
  • Kebanyakan kita beribadah mengikut apa yang kita suka bukan mengikut apa yang Nabi SAW suka.
  • Jika kita betul2 cintakan nabi saw & sayang nabi saw, sudah tentu kita akan beribadah mengikut cara nabi saw.
  • Umar RA berkata "Aku lebih sukai apa yang Rasulullah saw suka dari apa yang aku suka"
  • Lepas solat fardhu, bacaan yang sunat adalah seperti entry aku yg lepas
  • Bacaan surah dalam solat - afdal baca surah yang pendek & lengkap berbanding ambil2 potongan ayat dari surah panjang. Seolah-olah rumah yang kecil lengkap dengan kemudahan asas lebih baik dari   rumah besar tanpa air & letrik
  • Afdal baca surah dalam solat secara beturutan. cthnya rakaat 1 = izaja anas rullah, rakaat 2 = Qulhuallah
  • Afdal baca surah dalam solat pada rakaat 1 lebih panjang dari rakaat 2
  • Sunnat baca surah Kulya ayuhal kafiruun & al-Ikhlas dalam solat maghrib pada malam jumaat
  • Solatlah sebagaimana solat nabi saw 
  • Setiap anggota badan & hujung rambut ke hujung kuku - bersama2 menyumbang dalam beribadat kepada Allah
  • Sunnah rambut - wuduk = sapu semua rambut, mandi = menyelati, tahlul = botak abes, sikat = mulakan kanan
  • Sunnah kuku - potong ari khamis/jumaat
  • Janggut - mesti rapi (tak buleh serabut)
  • Hati adalah anggota paling penting dalam beribadat kerana niat membawa kepada akhirat
  • Kita akan bersama2 dengan org yang kita cintai dalam dunia di akhirat nnti. kalu kita cintakan emain bola, kita akan dibangkitkan bersama2 pemain bola, kalu kita cintakan badminton, kita akan dibangkitkan dengan permainan badminton, jika kita cintakan Nabi saw, maka kita akan dibangkitkan dengan Nabi saw (mudah2an, amin)




KULIAH KITAB
MASJID BANDARAYA SABAH
14 JANUARI 2012 / 2-5PM


Antara intipati yg sempat sy catitkan
  • suci = minimum 15 hari suci, maksimum 23 hari
  • haid = 15 hari maksimum, selepas 15 hari, maka darah yang keluar, dikira istihadhah
  • dalam masa 15 hari, apa sahaja darah kuar, dikira haid
  • Jika suci pada waktu Asar, maka selepas mandi, wajib qada' Zuhur. 
  • Jika suci pada waktu Isyak, maka selepas mandi, wajib qada' Maghrib.
  • Faedah mandi selepas Jima' @ kuar mani = menyegarkan badan (tadi badan lesu)
  • Punca kepala bayi besar adalah disebabkan ibu banyak minum air sejuk
  • Selaga bayi tidak keluar sepenuhnya, maka belum nifas
  • Solat yang ditinggalkan ketika melahirkan anak selagi belum anak dilahirkan, wajib di qada


KULIAH KITAB
MASJID NEGERI SABAH
14 JANUARI 2012 / LEPAS ISYAK

kitab ni adalah berbahasa Arab (aku mmg tak pandai bahasa arab). Jadi banyak isi pengajian, aku tak baper paham. kitab ini adalah untuk amalan2 yang mujarab cthnya
  • Bismillah 1000x sehari
  • fatihah 41x antara azan subuh dan solat subuh
  • dan banyak lagi.


KULIAH KITAB
MASJID NEGERI SABAH
15 JANUARI 2012 / 8-11am

kuliah kitab kali ini berkenaan dengan pengajaran & iktibar dari riwayat hidup Khalifah zuhud Umar Bin Abd Aziz. terlalu banyak pengajaran yang dapat dihayati. antara yang sangat menyentuh hati aku ialah
  • pada ketika kematin Umar Ibn Aziz, jatuh sekeping surat yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dunia. surat itu menyatakan bahawa Umar Ibn Aziz terlepas dari api neraka
  • yg lain2 korang buleh cari dlm buku nie. hehehe

Alhamdulillah.....


No comments:

Post a Comment