Tanda
di dahi orang yang beriman akan dapat dilihat di akhirat bukan di dunia ini.
Seorang yang kuat sujud kepada Allah kalau ditakdirkan tercampak ke dalam
neraka kerana dosa lain maka kesan sujudnya tidak terbakar. Itulah tanda yang
terdapat ada orang yang beriman. Kalaulah di dunia ini ada orang yang
sembahyang sehingga berbekas dahinya kerana terlalu banyak dan lama sujud
belumlah tentu "beriman". Mereka ini hendaklah dinilai dengan akhlak
yang dimilikinya.
Orang
yang kuat bersembahyang tetapi masih buat kejahatan lain seperti; mengumpat,
memfitnah, menipu, hasad dengki dan berbagainya lagi adalah hakikatnya tidak
beriman. Mereka ini tidak boleh diberi kepercayaan. Orang yang dikatakan
beriman, selain dari taatkan sembahyang dan ibadah yang lain, mereka sungguh
takut untuk melakukan sebarang dosa sama ada kecil lebih-lebih lagi yang besar.
Sifat orang yang beriman sebagaimana digambarkan oleh Allah ialah:
1.
Apabila disebut nama Allah kepadanya gementar hatinya
2.
Apabila dibacakan ayat Al-Quran kepadanya bertambah imannya.
3.
Mereka bertawakal kepada Allah atas apa yang mereka lakukan.
Mereka
yang membpunyai sifat-sifat di atas itulah orang yang benar-benar beriman. Doa
mereka inilah yang dikabulkan Allah. Namun untuk mencari mereka ini amat sukar.
No comments:
Post a Comment