kedai aku

Thursday, November 8, 2012

NOTA KULIAH US NAZMI KARIM - TAFSIR SURAH ASH-SYU'ARA' 69-104

NOTA KONGSIAN 

Ustaz Nazmi Karim. Kuliah Maghrib – Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8
[7 Nov 2012]


Tajuk: Tafsir Surah Ash-Syu’ara’, ayat 69-104

Kuliah dimulakan dengan Asma’ul Husna

Kemudian bacaan ayat 69-104.

Ayat ini mengisahkan tentang Nabi Ibrahim. Allah ceritakan pada kita tentang kisah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tanya pada ayahnya dan kaumnya, apa yang korang sembah ni? Kitorang sembah topekong ni. Nabi Ibrahim dipilih menjadi Rasul di kalangan kaumnya bertanya, topekong-topekong ni boleh dengar ke kalau korang panggil? Boleh bagi manfaat apa kepada korang? Boleh mudaratkan korang ke? Mereka jawab, yang buat ni nenek moyang kitorang. Kitorang main belasah je sembah, main ikut je.

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?" Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya". Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? "Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?" (ayat 70-73)

Nabi Ibrahim kata, adakah kamu tak lihat benda yang korang sembah ni tak berkuasa langsung? Nabi Ibrahim kata berhala-berhala tu semua dan penyembah-penyembahnya adalah musuh Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim kata lagi, bahawa Tuhanku ialah Allah yang menciptaku, yang memberi petunjuk kepadaku, yang bagi aku makan, yang bagi aku minum, bukan berhala, bukan kerajaan. Nabi Ibrahim tambah lagi, bahawa bila aku sakit, Allah lah yang menyembuhkan. Dialah yang mematikan dan menghidupkan semula di padang mahsyar.

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku, Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku, Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku” (ayat 78-81)

Okey. Kenapa Nabi Ibrahim sebut “dan bila aku sakit, Allah lah yang menyembuhkan”? Kenapa bukan “Allah yang memberiku sakit dan menyembuhkan?”. Kan dua-dua datang dari Allah? Sebab ini namanya adab terhadap Allah. Nabi Ibrahim sangat beradab dengan Allah, hanya menyandarkan segala yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk datang daripada diri sendiri. Memang benar dua-dua tu Allah yang bagi, Allah yang tentukan. Tapi sebagai adab. Baca Al-Quran ni lagi bagus kalau faham makna dia. Baru korang paham. Korang paham ke tak ape aku cakap ni? Muka cam blur je.

Nabi Ibrahim ni maksum, terpelihara dari sebarang dosa. Syiah kata, imam 12 dia lebih tinggi darjatnya dari semua Nabi dan Rasul. Ko jangan main-main, terer tu imam dia. Pandai-pandai je syiah ni duk tokok tambah hukum Allah. Walaupun Nabi Ibrahim maksum, Nabi Ibrahim tetap mohon ampun dari Allah atas kesalahan-kesalahan yang dia lakukan.

Besok bila kita di padang mahsyar, kita akan mencari Rasul-rasul untuk mintak syafaat. Kan ada dalam riwayat sahih kan. Mula-mula kita cari Nabi Adam. Kita mintak syafaat pada dia. Nabi Adam jawab “nafsi..nafsi..” no no no.. tak boleh boss. Apsal tak boleh? Kau kan Rasul Allah dan manusia yang pertama. Nabi Adam jawab, sebab aku pernah buat dosa yang sangat-sangat besar sampai Allah mengeluarkan aku dari syurga. Nabi Adam suruh kita cari Nabi lain. 

Lepas tu kita cari Nabi Nuh pula. Sama jugak, Nabi Nuh tak dapat nak bagi. Sebabnya Nabi Nuh jawab tak boleh, sebab aku pernah tersilap berdoa benda yang tak patut aku doa “Ya Allah, jangan kau tinggalkan orang kafir ini satu rumah pun, matikan kesemuanya, aku bimbang nanti mereka akan menyesatkan umatmu yang lain”. Tu yang Allah banjirkan seluruh bumi. Nabi Nuh kata beliau rasa bersalah doa macam tu. Carilah nabi lain.

Kita pun cari lain. Jumpa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim inilah bapa kepada berkembangnya ramai keturunan Rasul yang lain seperti Ishaq, Ismail, Yaakub, Yusuf. Kita mintak Nabi Ibrahim syafaat. Nabi Ibrahim cakap “nafsi.. nafsi..” tak boleh tak boleh. Sebab aku pernah berbohong sebanyak 3 kali. Pertama, masa ayah Nabi Ibrahim ajak pergi upacara agama di istana raja, Nabi Ibrahim kata beliau sakit, padahal tak sakit pun. Memang wajar Nabi Ibrahim buat camtu sebab untuk elak diri join perkara mungkar. Kita ni hah yang selalu berbohong, janji macam-macam, last-last janji dicapati. 

Kedua, Nabi Ibrahim berbohong masa hancurkan berhala-berhala kaumnya kecuali berhala yang paling besar dan digantungkan kapak di leher berhala itu. Bila ditanya oleh kaumnya siapa yang hancurkan, kaum Nabi Ibrahim memang suspek Nabi Ibrahim yang buat sebab Nabi Ibrahim tak ikut pergi upacara tu. Tapi Nabi Ibrahim jawab, bukan aku, tanya la berhala yang paling besar tu sebab dia okey je tak pecah. Ketiga, Nabi Ibrahim ketika ditahan bersama isterinya Siti Sarah di istana, Nabi Ibrahim pesan pada Sarah, jika raja tanya engkau ni isteri aku atau adik aku, jawablah kau adik aku. Sebabnya, raja tu memang terkenal suka rembat bini orang. Asal orang tu bini orang, dia sapu.

Nabi Ibrahim juga berdoa pada Allah, jadikan lidahku lidah yang benar, kepada orang terkemudian. Maksudnya, kalau Nabi Ibrahim wafat, kebaikan yang Nabi Ibrahim buat, diharap ada orang akan ikut. Nabi Ibrahim juga pernah berdoa agar dihidupkan dan dimatikan dalam keadaan beriman. Tengok, nabi pun berdoa camtu. Korang ade?

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian” (ayat 84)

Nabi Muhammad saw juga mintak kita doa diberikan tempat paling utama di syurga nanti, dipanggil wasilah. Kat syurga ni ada satu tempat yang paling hebat, hanya sorang je dibenarkan duduk di situ dan memilikinya. Nabi suruh kita doakan agar Nabi dapat tempat tu, iaitu kedudukan paling tinggi. Tu pasal kita berdoa lepas azan, dan berselawat. Dalam doa lepas azan tu ada Aati Sayyidanaa Muhammadani wasilah wal fadhilah. Nabi kata, siapa yang doakan aku, aku halalkan syafaatku ke atasnya di akhirat kelak. Lepas iqamah pun doa. Ade geng-geng wahabbi ni kata tak boleh doa lepas iqamah, bidaah katanya. Tu ibadah umum, doakan bila-bila masa boleh doa. Pening aku dengan puak-puak ni.

Tapi bila sebut pasal ada hadis kata Nabi Muhammad sebut “ummati.. ummati.. ummati..” ketika baginda hampir wafat tu, aku tak jumpa lagi hadis tu. Ntah mana datang story tu pun aku tak tau. Benda ni tak sahih. Yang betul punya, ada nabi sebut Allah tuhanku, Allah tuhanku, Allah tuhanku.

Allah teramat-amat kaya. Tak dapat nak dibayangkan macam mana indahnya syurga ni. Dunia ni pun kita sendiri tak habis kagum lagi. Naik kapal terbang, tengok pulau. Waahh..cantiknya. Pergi masuk hutan, tengok air terjun. Waahh..indahnya. Pastu tengok kutu. Jangan tengok kutu macam tu je, memang tak dapat hape la. Tengok bawah mikroskop. Perggh.. macam resakse yang lawan ultramen tu. Power giler. Siap ada bulu-bulu, hidung, mulut muncung ada gigi. Siapa yang cipta ni? Allah swt. Terer sesangat sangatnya Allah, tiada tandingan.

Nabi Ibrahim doa lagi, jangan Kau sedihkan aku di padang mahsyar di hari kiamat, jangan dihinakan aku di padang mahsyar, mungkin sebab Nabi Ibrahim risau banyak buat salah. "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula” 
(ayat 87). 

Nabi Ibrahim risau dihinakan di akhirat. Kita ni macam mana nak jawab di akhirat nanti? Ko dulu tak didik isteri ko, ko berzina, ko mencuri, ko tak tutup aurat, camne ko nak jawab? Cer citer. Ko dulu bos CEO syarikat, penyambut tetamu ko dan receptionist ko tak tutup aurat pakai seksi meksi. “Tengok rambutku, guna jari sahaja boleh mengembalikan rambut yang asal” (sila baca dengan nada wanita gedik). Memang kojol ko nak jawab kat akhirat nanti, berapa banyak tanggungjawab yang ko dah abaikan. Bila fikir balik dosa masa lalu, kita rasa macam tak boleh nak pass padang mahsyar. Tapi ingat, dalam kitab Riyadhus Solihin, ada bab meletakkan pengharapan pada Allah. Jangan putus asa dengan Allah, letak harapan tinggi pada Allah. Mulakan dengan taubat.

Nabi Ibrahim doa pada Allah agar diampunkan dosa ayah nabi. "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat” (ayat 86). Ape citenye ni? Bukan ke tak boleh doakan keampunan atau keselamatan kepada orang kafir? Doa beri hidayah boleh la, kan? Okey. Masa ni, ada ulama kata ayah Nabi Ibrahim masih belum jauh tersesat lagi. Pada pandangan Nabi Ibrahim, ayahnya baru tersimpang sedikit dari Allah. Tu yang Nabi Ibrahim doa mintak ampunkan ayahnya tu. Masa tu Nabi Ibrahim masih belum berlepas tangan dari kesalahan-kesalahan ayahnya lagi. 

Dalam hadis ada diriwayatkan, Sesungguhnya Nabi Ibrahim akan melihat bapanya di padang mahsyar dengan muka bapanya sugul dan kepala berdebu. Nabi Ibrahim kata pada Allah, ya Allah, kan Kau dah janji tak nak sedihkan aku di akhirat. Allah jawab, “aku telah haramkan syurga dari orang-orang kafir”. Lepas tu, Nabi Ibrahim jumpa ayah dia, ayah dia kata “hari ni abah akan beriman dengan ko, abah tak kan lawan lagi cakap ko”. Tapi dah terlambat. Nabi Ibrahim berkata pada Allah lagi, Kau kan dah janji tak akan hina aku di akhirat. Tiada kehinaan yang lebih dahsyat ke atasku melainkan melihat ayahku diazab. Allah jawab “aku telah haramkan syurga dari orang-orang kafir”. Allah suruh Nabi Ibrahim lihat kat kakinya. Allah dah tukarkan ayah Nabi Ibrahim menjadi kambing yang telah disembelih lehernya. Dan dicampakkan ia ke dalam api neraka. Allah kata, jangan kau anggap yang dibakar itu ialah ayah kau. Jadi tuan-tuan, tiada yang boleh tolong kita melainkan tauhid kepada Allah.

Neraka digambarkan bahawa ia macam 1 kawah yang sangat-sangat besar. Giler punya besar. Giler pun tak camtu. Kita yang beriman ni untung, lagi untung kalau beriman dan pergi belajar. Kalau beriman tapi time sembahyang ko tengok bola, tak guna jugak. Dibentangkan neraka, dan ditanya kepada penghuni-penghuninya, mana benda yang ko sembah dulu selain dari Aku (Allah) itu? Benda tu boleh tolong korang skarang ke? "Serta dikatakan kepada mereka: `Manakah dia benda-benda yang kamu sembah dahulu, selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ?” (ayat 92-93)

Macam-macam ragam orang melintas titian sirat. Ada yang sepantas kilat, ada sepantas angin taufan, ada berlari laju, ada berlari anak, ada berjalan, tapi jugak golongan yang lari-lari, jatuh. Lari-lari, jatuh. Merangkak-merangkak, jatuh. Siapa penghuni neraka, memang akan ditarik oleh api neraka ke dalamnya. Semua tentera-tentera iblis, termasuk manusia-manusia yang ikut telunjuk iblis, masuk neraka. "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.” (ayat 95). 

Tu yang penghuni-penghuni neraka ni kata, kalau boleh diorang nak Allah kembalikan diorang kat hidup diorang dulu. Diorang tak syirikkan Allah, diorang taat pada Allah. Mana boleh. Banyak cantik muka ko. Masa dah kena azab baru nak sedar kesalahan diri. Kalau kat kiamat nanti boleh balik semula ke dunia, senang la semua orang buat maksiat ramai-ramai dulu.

Sekarang ni Selangor dikuasai pakatan rakyat. Ceramah dan kuliah senang dan bebas diadakan. Kalau sebelum ni, masa kerajaan Majapahit, nak berceramah pun susah, bimbang-bimbang ada SB kat depan kita, special branch ke siput babi ke aku pun tak tau la. Tapi sekarang dah senang nak buat ceramah pun, ko malas pegi. 

Kita akan sambung tafsir surah ini di waktu akan datang di surau ini juga, insyaAllah..

No comments:

Post a Comment