kedai aku

Wednesday, October 10, 2012

BILA ORANG YANG BELAJAR AGAMA TAK PERCAYA HUKUMAN ALLAH LEBIH BAIK DARI HUKUMAN DUNIA

Aritu di Muka Buku, aku ternampak Ustaz Bahtiar Hud (Pegawai bahagian Istinba' hukum hakam di Jabatan Mufti Sabah) post gambar tentang kes kehamilan remaja belum kahwin (ZINA) la nie. Jadi tanpa segan silu & i'tikad yang tak berbelah bagi lagi, aku pun "share" gamba tu dengan tag comment "Bila undang2 syariah tidak dilaksanakan"




Then ada seorang lelaki (kawan) aku terus comment (malangnya comment itu telah dia delete). Yg aku hitamkan tu, aku lah tu. hehe


seperti mana yang korang nampak dalam gambar di atas, dia telah delete comment dia. Jadi mana bukti dia ada comment? Huhahaha email kan ada.. (aku tutup nama dia supaya tak aib pada dia)



Dia kata undang2 syariah telah terlaksana di Malaysia. Lalu, aku reply la mcm gambar di atas & minta pendapat org yang memang mengetahui bab agama iaitu Ustaz Bahtiar Hud.

Terus bekas pelajar Syariah ini msg aku...



korang mesti susah nak baca kan? hehe nie adalah msgnya

"kalo kira hukuman kita semua maklum yg hukumannya sula dn rejam smp mati mengikut status samada pelaku msh lum berkahwin atau sudah....tp pernah kah kita amik tahu yg utk mencapai status zina itu ada had2 yg telah d tentukan dlm islam....pernahkah kita tahu yg utk mencapai status zina ada ukuran tertentu bg kemaluan lelaki yg tlh masuk kedlm kemaluan wanita...seingat aku waktu study dlu, ustaz aku siap lukis d papan hijau utk kami jelas yg bukan senang hukuman tersebut itu d laksanakan...keterangan ini bukan bermaksud berdua2an sesama wanita bukan muhrim itu d bolehkn, tp utk kita fhm yg islam itu x menyulitkan penganutnya menandakan bhw nyawa setiap manusia itu ada nilainya sbb sesuai dgn sifat Allah swt itu yg maha pengampun dn mengasihani...dn ia terpulang kpd manusia itu skiranya dia hdk tobat nasuha sesal akn perbuatannya atau skdr pura2 dpn manusia lain tanda munafiknya dia d dpn Allah swt...tp ia bukan masalah besar kpd Allah swt sbb kemanapun akhirnya kita semua akn kembali kpd-Nya dn pd ketika itu x akn ada jln lari bg yg munafik....kita jgn anggap x d jlnkn hukuman kpd penzina mengikut kitab maka negara kita x ada langsung menjlnkn perundangan syariah....islam itu x menyulitkn penganutnya....trima ksh sbb kenalkn ustaz bahtiar dlm perbincgn ini supaya apa yg aku ckp pasal kita menyulitkan hal2 keagamaan dn ilmu islam d jdkn sumber bisnes adalah tidak betul....aku bckp bukan atas dsar aku mau kenakn mana2 pihak spt yg ko komen...aku bckp atas dasar islam itu suda d salah guna....ko hanya nampak anak luar nikah lahir sbb x d jlnkn hukum syarak....tp ko ada fikir yg anak luar nikah ni lahir sbb hlgn keluarga, kurg didikan agama, syarat perkahwinan d dahului dgn wang, akad nikah mesti senafas, saksi perkahwinan bole senang2 ckp x sah kpd pgntin, dsb....bgmna pula ngn isu x amik kursus kahwin, anak yg sah taraf d bin kan dgn abdullah....sijil kahwin leh byr dn cetak tp kelas x ikut....mgkin ustaz bole jelaskn yg itu dn ada cara bantu generasi kita yg berdepan dgn hal ini....skrg bro, bukan masa ko mo tunjuk sapa2 punya salah, skrg ni ms utk ko dn aku bantu generasi islam yg tersasar...x payah tgu kerajaan tuk wat atau kerajaan bru yg akn wat spt kenyataan ko tu, kita sndr leh bantu...sori la bro, bukan aku mau wat tegang ant.kita...tp kebelakangan ini aku nampak ko sgt lain...syukur aku pd tuhan bila ko mendalami ilmu agama dgn harapan aku bole belajar dn berbincg ngn ko, tp ko sering timbulkn isu yg leh wujudkn perbalahan ant kita....aku x tau tujuan dn niat sbnr ko, tp bila semua benda kita politikkan akhirnya agama kita d tertawakan oleh agama lain..."


Oleh itu, sebagai orang yang tidak bape paham agama, terus aku 4ward meseage nie pada Ustaz Bahtiar Hud untuk penjelasan. Ikuti jawapan Ustaz Bahtiar Hud



"wslm oh baguslah tu sekurang2nya kita tahu juga pendapat sesetengah pihak yg masih belum boleh membezakan perintah Allah pada pemimpin dan perintah Allah pada rakyat termasuk pada setiap individu sebenarnya semua ada perintah khusus yg masing kena jalankan bukan hanya mengharapkan satu pihak sahaja apapun siapa yg ada kuasa lebih dalam hal begini maka dialah yg besar menanggung tanggungjawab ini inilah persoalannya bukan kah kuasa itu amanah? siapa yg mampu siapa yg tidak maka penyelesaiannya sejauh mana kita melaksanakan perintah Allah bukan sejauh mana kita membiarkan masalah ini berterusan tanpa ada usaha yg bersungguh2 bukankah ada kemampuan dan kuasa maka dimana kuasa itu mencegah kemungkaran? ni mungkin anak org lain esok kalau kena anak sendiri?

Bukankah Allah yg mencipta manusia maka hak Allah menjaga manusia dengan menurunkan undang2 bagi yg berkuasa utk melaksanakan arahan Allah ini bukankah Allah lebih tahu dari kita? maka kenapa merasa undang2 ini bukan penyelesaian
bahkan islam akan dipandang hina jika orang islam sendiri tak respek dengan perintah Tuhannya sendiri

ya mereka juga perlu dinasihati kerana yg menjadi masalah besar sekarang bila org agama sendiri menjadi hijab kepada perlaksanaan Islamberapa tahun merdeka? kenapa pada nak menjadikan negara maju kita ada wawasan 2020 kenapa pada perintah Allah tak ada target?kita bukan tergesa2 tetapi tunjukkan perancangan itusiapa nak bertanggungjawab didepan Allah nanti bila dia mampu naik haji cthnya tapi dia tak buat sampai mati?atau tak ada wawasan langsung atau tak dah niat langsungmana bukti niat? kalau ada sudah tentu masuk kursus daftar naik haji belajar ibadat haji himpun duit dsbbahkan tak sabar2 lagi untuk nak naik haji ni baru orang yg beriman Tuan.bukan banyak berdalihtetapi banyakkan dalil Allah pada diribarulah umat selamat

kalau nak dalil terlalu banyak buat mereka cuma nak tanya satu sahaja kamu ni redha tak dengan Islam redha tak dengan Allah redha tak dengan hukumnya disegerakan?

Siapa Tuhan siapa kita?


Wallahu a'alam"


_________________________________________________________________


Komen aku?

Aku percaya & yakin Allah itu maha suci dari melakukan perkara sia2 & maha suci dari sifat bodoh. Untuk apa Allah masukkan ayat2 wajib dalam al-Quran jika tak boleh guna @ tak perlu guna @ tak sesuai..



ALLAH berfirman:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ

Maksudnya: “Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul..” [al-Nisaa: 59].


Kita terima perintah solat & puasa, tapi hudud? Qisas? katanya tiada paksaan




Firman ALLAH:

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

Maksudnya: “Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain”. [Al-Baqarah: 85].


No comments:

Post a Comment