Wednesday, November 30, 2011
something islamic : CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS UIA (37 VIDEO)
Tuesday, November 29, 2011
something islamic : SINAR ISLAM DI KOREA SELATAN
something islamic : CERAMAH MAAL HIJRAH MAHSA COLLEGE
Monday, November 28, 2011
RIWAYAT HIDUP SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI (FULL VIDEO)
Tuesday, November 22, 2011
something cool : TEKNOLOGI TOUCH SCREEN MASA DEPAN
Monday, November 21, 2011
something about life : TAK PUAS HATILA
tak puas ati ar dengan umah aku nie.... urmmmm
tapi.... dalam ketidakpuasan hati kita itu, sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang ada. mmg tidak salah untuk kita mahu lebih dan mmg Islam menganjurkan kita untuk memajukan diri tapi jangankah sampai terlupa bersyukur dengan nikmat yang sedia ada dan merungut dan sudah seolah2 Allah swt langsung tak pernah bagi nikmat.
teringat kata2 tok guru, sentiasalah melihat orang yang lebih susah. kalu kita nek kereta, ada orang yang naik motor, kalau kita naik motor, ada orang yang terpaksa naik basikal, kalau kita naik basikal, ada orang terpaksa berjalan kaki, kalau kita berjalan kaki, ada orang yang tiada kaki, kalu kita tiada kaki, ada orang yang lumpuh satu badan, kalau kita lumpuh satu badan, ada orang yang lumpuh satu badan & tidak beriman. jgn lupa bersyukur kepada Allah....
saya pasti sesiapa jua yang sedang membaca artikel ini tidak hidup seperti 2 gambar di atas nie
something islamic : QURBAN
1. HUKUM
Hukum asal qurban ialah sunnat muakkadah iaitu sunnat yang sangat dituntut. Jumhur ulama mengatakan sunnat melakukan ibadah qurban bagi yang mampu dan makruh meninggalkannya. Walaubagaimanapun, jika ditinggalkan tidak berdosa dan tidak wajib mengqadha’nya sekalipun tanpa keuzuran.
Hukum sunnat ini akan menjadi muakkadah ainiyyah iaitu sunnat yang dituntut ke atas individu jika ia tinggal sendirian di dalam rumah. Sebaliknya, menjadi sunnat muakkadah kifayah iaitu sunnat yang dituntut secara umum bagi sebuah keluarga dalam sebuah rumah.
Ertinya, jika salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan melakukan qurban, gugurlah tuntutan sunnat kifayah keatas anggota keluarga yang lain. Dalam maksud yang lain, memadai jika dalam sebuah rumah ada seorang yang melakukan qurban. Jika ramai berqurban adalah lebih baik.
2. WAKTU PENYEMBELIHAN QURBAN
Masa penyembelihan binatang qurban ialah bermula selepas naik matahari pada hari raya sekira-kira berlalu 2 rakaat solat dan khutbah hari raya sehingga terbenam matahari pada hari terakhir tasyriq iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Jika penyembelihan dilakukan sebelum atau selepas waktu itu, ia tidak termasuk ibadah qurban. Hanya menjadi sembelihan biasa sahaja
3. UMUR BINATANG QURBAN
Unta : gugur gigi depan, 6 tahun keatas
Lembu, kerbau, & kambing : gugur gigi depan, 3 tahun keatas
Kambing biri2 : gugur gigi depan, 1 tahun keatas
4: MASALAH KECACATAN ATAU AIB BINATANG QURBAN
Haiwan2 yang tidak boleh dijadikan haiwan qurban
· Buta (sebelah @ kedua2)
· Tempang yang jelas sehingga tidak dapat mengikut kawanannya mencari makan
· Kurus kerana sakit, gila, kurang makan @ dll
· Tiada telinga / telinga terpotong sedikit
· Terpotong / putus ekor walaupun sedikit
· Gugur semua gigi (menghalang dari makan)
· Penyakit kurap
· Bunting
5. HUKU MEMAKAN DAGING QURBAN NAZAR
Haram orang yang bernazar qurban memakan daging qurbannya. Jika termakan, wajib ganti balik dengan kadar yang dimakannya. Tidak perlu sembelih lain sebagai ganti.
6. PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN
Sunnat orang yang berqurban sunnat memakan sebahagian @ sedikit daging qurbannya itu. Yang baiknya disedekahkan sebahagian yg mentah kepada fakir miskin
Harus juga bahagi tiga bahagian iaitu 1.dimakan sendiri 2. Sedekah fakir miskin 3. Hadiah orang kaya
Haram dijadikan upah
7. DAGING QURBAN UNTUK ORANG BUKAN ISLAM
Haram hukumnya beri @ hadiahkan daging qurban wajib @ sunnat yg mentah @ yg dimasak walaupun si kafir adalah kaum kerabat.
Sekiranya sudah terbahagi, wajib diganti dengan yang lain
8. BERQURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN
· Tidak sah bagi yang masih hidup jika tiada izin
· Tidak sah bagi yang telah mati jika tidak diwasiatkan
Boleh melakukan qurban untuk diri sendiri kemudian niat sedekahkan pahala qurban itu kepada si mati
9. MENJUAL DAGING QURBAN
Haram jual semua bahagian haiwan qurban walaupun yang tidak boleh dimakan seperti tanduk @ tapak kaki haiwan. Haram orang yang menerima daging qurban untuk menjual daging yang mereka dapat kecuali fakir miskin
10. PERKARA SUNAT KETIKA MENYEMBELIH
· Tajamkan pisau
· Tekan pisau pada leher binatang dengan kuat supaya cepat putus urat halqum & mari’nya
· Penyembelih & leher haiwan qurban menghala qiblat
· Baca bismillah, selawat, & melaungkan takbir
· Biarkan sembelihan benar2 mati
11. PERKARA MAKRUH KETIKA MENYEMBELIH
· Tajamkan pisau depan haiwan
· Sengaja tinggalkan bacaan bismillah
· Guna pisau tumpul
· Sembelih dihapan haiwan lain
· Memutuskan kepada haiwan
· Sembelih pada waktu malam tanpa sebab
12. BERKONGSI QURBAN
Haiwan boleh dipecah2kan bahagian kepada 7 bahagian
Sumber : DEWAN ULAMA’ PAS NEGERI SABAH

something ads : MOHON BANTUAN DANA UNTUK MEMPERLENGKAPKAN BILIK GURU PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN NUR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
KERTAS KERJA MOHON BANTUAN DANA UNTUK MEMPERLENGKAPKAN BILIK GURU PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN NUR
1. MUQADDIMAH
Pusat Pendidikan Islam An Nur (PPIAN) adalah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berorientasikan Pengajian Al Quran dan Bahasa Arab berpandukan sukatan pelajaran dan Kurikulum Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
la ditubuhkan dengan tujuan mendidik pelajar-pelajar agar dapat menghayati kebesaran Al Quran melalui penulisan, pembacaan dan hafalan Al Quran serta ilmu-ilmu berkaitan seperti Bahasa Arab, Tajwid, Qiraat, Khat dan Tarannum.
PPIAN telah memulakan sesi pembelajarannya pada 15 Februari 2006 dengan 10 orang pelajar berdaftar berumur 5 tahun – 10 tahun dan 2 orang tenaga pengajar.
Di atas peningkatan kesedaran masyarakat yang inginkan anak-anak mereka terdidik, institut ini telah menerima pertambahan pelajar dari masa ke semasa. Sehingga kini, jumlah pelajar telah mencecah kepada 151 orang pelajar, 7 orang guru dan seorang guru besar. Pertambahan ini sangat menuntut kepada peningkatan tenaga pengurusan, ruang pembelajaran dan lain-lain fasiliti tambahan. Atas perkembangan ini dan harapan untuk mewujudkan suasana pendidikan yang terbaik, maka kertas kerja bagi memohon dana pembangunan ini dikemukakan.
“Barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah ia memiliki ilmu, barangsiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya sekali maka hendaklah ia memiliki ilmu”(al-Hadis)
2. OBJEKTIF BANTUAN DANA
Tujuan utama penubuhan tabung ini adalah untuk mengumpul dana bagi membolehkan PPIAN memperlengkapkan kemudahan dalam bilik guru demi keselesaan para guru. Dana ini ini diperlukan kerana pada masa ini yuran sekolah hanya mampu untuk menampung operasi sekolah dari segi pembayaran gaji guru dan kos pentadbiran.
3. STATUS PEMBANGUNAN
Lokasi : Surau Taman Austral, Taman Austral, Kepayan, Kota Kinabalu (Jalan Penampang by pass)
4. LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH
Pengerusi : Encik Hambali Bin Saad
Timbalan Pengerusi : Encik Abd Jaid Bin Paki
Setiausaha : Ustaz Mohd Radzi Bin Amaran
Bendahari : Ustaz Idzhar Jaafar
AJK
Dr Nidzam
Dr Adlin Zafrulan Zakaria
Ustaz Muhasibi Razali
5. SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN
Pihak Jawatankuasa sedang berusaha memohon derma daripada individu dan tokoh-tokoh korporat yang sudi menyumbang. ( Lampiran disertakan )
6. AKAUN BANK
Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pihak kami samada dalam bentuk wang atau material ke alamat kami. Atau sumbangan kewangan, anda boleh hulurkan kepada
Pusat Pendidikan Islam An Nur
Maybank Islamic Berhad (Cawangan Sadong Jaya)
No. Akaun : 151137819732
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Encik Hambali Saad 017 818 2728
Encik Idzhar Jaafar 019 871 1837
7. PENUTUP
Semoga usaha murni ini dapat dilakukan dengan jayanya. Kepada pihak yang sudi dan telah menyumbang kepada perkembangan Islam di bawah kendalian PPIAN, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Moga Allah menerima semua amal kita dan menjadi bekalan di akhirat.
Disediakan oleh
Pengerusi
Pusat Pendidikan Islam An Nur
sumber : ABUNUHA
something islamic : MENUNTUT ILMU ITU WAJIB
Apabila saya mendengar dan menonton rakaman kuliah Yang Mulia Ustaz Azhar Idrus melalui vcd yang saya beli satu ketika dahulu, membincangkan tentang hadith yang sangat terkenal berkenaan kewajiban belajar ke atas setiap individu muslim, saya jadi terbuka mata dan fikiran mendengar huraian beliau.
Selama ini kita hanya mendengar dan seperti membiarkan lalu hadith ‘Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim’, biarpun selalu mendengar daripada sekian banyak ustaz dan pendakwah menghuraikannya. Tapi huraian Ustaz Azhar Idrus agak lain walaupun gayanya santai dan bersahaja seperti yang ramai kenali.
Mafhum kata-katanya begini, jika seseorang itu jahil dalam urusan agama – apatah lagi melibatkan ilmu fardhu ain seperti berkaitan rukun iman dan rukun islam dan seumpamanya, dan dia mengetahui adanya pengajian-pengajian, kuliah-kuliah maghrib, ceramah-ceramah dan seumpamanya dekat dengannya seperti di surau atau masjid berdekatan, lalu dia tidak hadir tanpa sebarang uzur syarie, maka dia berdosa.
Sekiranya dia dalam keadaan sibuk mencari rezeki dan berhalangan daripada menghadirkan diri dalam majlis ilmu, maka dia wajib berikhtiar untuk mencari ruang belajar agama agar dia terkeluar daripada kejahilan. Kerana Nabi SAW ada berpesan, “Tidak patut orang jahil mendiamkan diri (tidak mahu belajar), dan tidak patut orang berilmu mendiamkan diri (tidak mahu mengajar)”.
***
Di Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu, pengajian-pengajian sangat banyak diadakan. Ada kuliah maghrib, ada kuliah subuh dan ada kuliah selepas isyak hampir setiap malam. Kuliah maghrib dan subuh sudah berjalan barangkali lebih 20 tahun. Sudah banyak kitab dihabiskan. Guru-guru yang mengajar juga bersilih ganti, ada yang masih kekal bertahan seperti Ustaz Haji Mohd Mursal Muchtar dan Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim, ada yang sudah berpindah dan ada juga yang sudah kembali ke rahmatullah.
Sementara kuliah selepas isyak diadakan sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. Ada kuliah tasawuf, fekah, tauhid, al-Quran, tafsir dan perubatan Islam di bilik kuliah 2. Kuliah-kuliah ini semuanya diadakan secara percuma. Masyarakat hanya perlu hadir dengan adab-adab belajar, membawa buku dan boleh bertanya kepada guru yang mengajar.
Saya sangat menghormati dan tabik kepada kesungguhan sahabat-sahabat yang bekerja keras mempromosi kelas ini terutamanya Tuan Haji Mohd Pozi Awang dan lain-lain. Mereka mempunyai pelbagai idea untuk memperkemaskan lagi pemasaran kuliah ini. Daripada ribuan jamaah yang solat jumaat di masjid ini, ya, hanya tidak sampai 50 orang digerakkan hati mereka untuk hadir ke kuliah seumpama ini dalam keadaan masih ramai masyarakat yang jahil tentang agama mereka sendiri. Mungkin masih salah kami kurang memperkenalkan kuliah ini.
Insya Allah kami akan melancarkan promosi baru pada akhir tahun ini untuk mempromosi lagi pengajian-pengajian berkenaan. Para pembaca blog ini barangkali ada pandangan berbeza. Idea yang baik dan mampu kami laksanakan adalah dialu-alukan. Mudah-mudahan idea itu terlaksana dan mendapat pahala yang berpanjangan. Insya Allah.
sumber : ABU NUHA
Wednesday, November 16, 2011
something islamic : SIAPA MENGUCAP SYAHADAH PASTI MASUK SYURGA
Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan bertauhid, yaitu
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dia berikrar
dan mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia berhak berada
di sisi Allah dan masuk surgaNya.
Orang tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah akan masuk
surga, walaupun masuknya terakhir (tidak bersama-sama orang
yang masuk pertama), karena dia diazab terlebih dahulu di
neraka disebabkan kemaksiatan dan dosa-dosanya yang
dikerjakan, yang belum bertobat dan tidak diampuni. Tetapi
dia juga tidak kekal di neraka, karena didalam hatinya masih
ada sebutir iman. Adapun dalil-dalilnya sebagaimana
diterangkan dalam hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim,
yaitu:
Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahwa Rasulullah saw.
bersabda, "Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,'
kemudian meninggal, maka pasti masuk surga."
Dari Anas r.a., bahwa Nabi saw. telah bersabda, "Akan keluar
dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha
illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di
hatinya."
Dari Abu Dzar pula, dia telah berkata bahwa sesungguhnya
Nabi saw telah bersabda, "Telah datang kepadaku malaikat
Jibril dan memberi kabar gembira kepadaku, bahwa barangsiapa
yang meninggal diantara umatmu dalam keadaan tanpa
mempersekutukan Allah, maka pasti akan masuk surga, walaupun
dia berbuat zina dan mencuri." Nabi saw. mengulangi sampai
dua kali.
Banyak hadis yang menunjukkan bahwa kalimat Syahadat memberi
hak untuk masuk surga dan terlindung dari neraka bagi yang
mengucapkannya (mengucap Laa ilaaha illallaah). Maksudnya
ialah, meskipun dia banyak berbuat dosa, dia tetap masuk
surga, walaupun terakhir.
Sedangkan yang dimaksud terlindung dari neraka ialah tidak
selama-lamanya di dalam neraka, tetapi diazab terlebih
dahulu karena perbuatan maksiatnya...wallahua'lam
Tuesday, November 15, 2011
something cool : DULU LAIN SEKARANG LAIN
1. Bob Lokman – bekas pelakon, pelawak, komposer;
2. Ustaz Akhil Hayy – bekas penyanyi rock (80-an) ’D Riyadh’;
3. Megat – bekas penyanyi kumpulan ACAB;
4. Azmil Mustafa – bekas pelakon filem ‘Ali Setan’;
5. Ustaz Radzi – bekas penyanyi rock ‘Melissa’;
6. Iwan Syahman – bekas penyanyi dangdut;
7. Izam – bekas vocalis kumpulan E.Y.E;
8. Sham Kamikaze – bekas gitaris kumpulan ‘kamikaze’;
9. Mel – bekas penyanyi kumpulan ‘Wings’.
“Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sayang, tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang disukainya..”
***
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/ @ abunuha.wordpress
Sunday, November 13, 2011
something islamic : SYIRIK
Adapun syirik itu ertinya adalah "mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" atau dalam lain perkataannya ialah "menduakan-Nya".
Salah satu contoh syirik ialah mengatakan bahawa nabi 'Isa as itu sebagai anak Allah. Syirik termasuk di dalam perkara2 yang membatalkan iman.
PEMBAHAGIAN SYIRIK.
a) Syirik Jali (Nyata).
Syirik Jali adalah mempersekutukan Allah secara terang-terangan.Misalnya ialah perbuatan menyembah berhala dan memohon sesuatu daripada sesuatu yang dianggap mempunyai kuasa; seperti memuja kubur yang dianggap keramat dengan tujuan hendak meminta nombor ekor.Lazimnya perkara seperti ini berlaku di kalangan orang-orang yang kurang berpendidikan agama.