kedai aku

Monday, November 21, 2011

something islamic : QURBAN

sumber gambar : http://world-wildlife-adventures.blogspot.com

1. HUKUM

Hukum asal qurban ialah sunnat muakkadah iaitu sunnat yang sangat dituntut. Jumhur ulama mengatakan sunnat melakukan ibadah qurban bagi yang mampu dan makruh meninggalkannya. Walaubagaimanapun, jika ditinggalkan tidak berdosa dan tidak wajib mengqadha’nya sekalipun tanpa keuzuran.

Hukum sunnat ini akan menjadi muakkadah ainiyyah iaitu sunnat yang dituntut ke atas individu jika ia tinggal sendirian di dalam rumah. Sebaliknya, menjadi sunnat muakkadah kifayah iaitu sunnat yang dituntut secara umum bagi sebuah keluarga dalam sebuah rumah.

Ertinya, jika salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan melakukan qurban, gugurlah tuntutan sunnat kifayah keatas anggota keluarga yang lain. Dalam maksud yang lain, memadai jika dalam sebuah rumah ada seorang yang melakukan qurban. Jika ramai berqurban adalah lebih baik.

2. WAKTU PENYEMBELIHAN QURBAN

Masa penyembelihan binatang qurban ialah bermula selepas naik matahari pada hari raya sekira-kira berlalu 2 rakaat solat dan khutbah hari raya sehingga terbenam matahari pada hari terakhir tasyriq iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Jika penyembelihan dilakukan sebelum atau selepas waktu itu, ia tidak termasuk ibadah qurban. Hanya menjadi sembelihan biasa sahaja

3. UMUR BINATANG QURBAN

Unta : gugur gigi depan, 6 tahun keatas

Lembu, kerbau, & kambing : gugur gigi depan, 3 tahun keatas

Kambing biri2 : gugur gigi depan, 1 tahun keatas

4: MASALAH KECACATAN ATAU AIB BINATANG QURBAN

Haiwan2 yang tidak boleh dijadikan haiwan qurban

· Buta (sebelah @ kedua2)

· Tempang yang jelas sehingga tidak dapat mengikut kawanannya mencari makan

· Kurus kerana sakit, gila, kurang makan @ dll

· Tiada telinga / telinga terpotong sedikit

· Terpotong / putus ekor walaupun sedikit

· Gugur semua gigi (menghalang dari makan)

· Penyakit kurap

· Bunting

5. HUKU MEMAKAN DAGING QURBAN NAZAR

Haram orang yang bernazar qurban memakan daging qurbannya. Jika termakan, wajib ganti balik dengan kadar yang dimakannya. Tidak perlu sembelih lain sebagai ganti.

6. PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN

Sunnat orang yang berqurban sunnat memakan sebahagian @ sedikit daging qurbannya itu. Yang baiknya disedekahkan sebahagian yg mentah kepada fakir miskin

Harus juga bahagi tiga bahagian iaitu 1.dimakan sendiri 2. Sedekah fakir miskin 3. Hadiah orang kaya

Haram dijadikan upah

7. DAGING QURBAN UNTUK ORANG BUKAN ISLAM

Haram hukumnya beri @ hadiahkan daging qurban wajib @ sunnat yg mentah @ yg dimasak walaupun si kafir adalah kaum kerabat.

Sekiranya sudah terbahagi, wajib diganti dengan yang lain

8. BERQURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

· Tidak sah bagi yang masih hidup jika tiada izin

· Tidak sah bagi yang telah mati jika tidak diwasiatkan

Boleh melakukan qurban untuk diri sendiri kemudian niat sedekahkan pahala qurban itu kepada si mati

9. MENJUAL DAGING QURBAN

Haram jual semua bahagian haiwan qurban walaupun yang tidak boleh dimakan seperti tanduk @ tapak kaki haiwan. Haram orang yang menerima daging qurban untuk menjual daging yang mereka dapat kecuali fakir miskin

10. PERKARA SUNAT KETIKA MENYEMBELIH

· Tajamkan pisau

· Tekan pisau pada leher binatang dengan kuat supaya cepat putus urat halqum & mari’nya

· Penyembelih & leher haiwan qurban menghala qiblat

· Baca bismillah, selawat, & melaungkan takbir

· Biarkan sembelihan benar2 mati

11. PERKARA MAKRUH KETIKA MENYEMBELIH

· Tajamkan pisau depan haiwan

· Sengaja tinggalkan bacaan bismillah

· Guna pisau tumpul

· Sembelih dihapan haiwan lain

· Memutuskan kepada haiwan

· Sembelih pada waktu malam tanpa sebab

12. BERKONGSI QURBAN

Haiwan boleh dipecah2kan bahagian kepada 7 bahagian

Sumber : DEWAN ULAMA’ PAS NEGERI SABAH

No comments:

Post a Comment