kedai aku

Tuesday, November 29, 2011

something islamic : CERAMAH MAAL HIJRAH MAHSA COLLEGE


Alhamdulilah, tadi telah berlangsungnya cerama maal hijrah yang telah disampaikan oleh yang berbahagia al fadhil Ustaz Sayuti Syukur. Program ini dihadiri oleh pelajar2 dan pensyarah2 yang beragama Islam. 

Al Fadhil Ustaz Sayuti merupakan bekas pelajar sekolah tahfiz di Kedah, memegang Ijazah Sarjana Muda dari Uni al-Azhar, dan Sarjana Pengurusan dari UMS.

Ceramah berjalan selama 1 jam 30 minit dengan beberapa soalan dari pelajar dan pensyarah. Antara isi ceramah yang disampaikan yang sempat saya ingat ialah 

1. Salah satu punca Nabi saw dan umat Islam Mekah berhijrah ke Madinah adalah disebabkan kezaliman yang dilakukan oleh kaum kafir Quraish kepada umat Islam.
2. Cerita tentang bagaimana Sumayyah orang Islam yang pertama syahid kerana mempertahankan aqidah. Beliau dibunuh dengan disula iaitu kemaluannya ditusuk dengan tombak.
3. Nabi tegur sahabat2 supaya bersabar kerana siksaan sahabat pada ketika itu tidak seberat siksaan dan dugaan umat Islam terdahulu cthnya Nabi Zakaria telah digergaji kepala hidup2, ada umat dabi dahulu yang digaru belakang badannya dengan menggunakan besi panas sehingga basah besi itu kerana lemak badan yang mencair
4. Jika kita berasa tidak selesa dengan keadaan sekarang, kita perlu berhijrah dari segi perangai, emosi, dan mungkin tempat tinggal.
5. Bagaimana Umar al-Khattab berhijrah dari sesat kepada manusia yang beriman. sebelum beriman, Umar al-Khattab menyembah buah kurma yang beliau susun seperti berhala, kemudian apabila lapar, Umar akan makan kurma yang dia sembah itu. Umar juga seorang sgt berani. beliau mahu membalas dendam kepada orang kafir yang menindas orang Islam, tetapi dihalang oleh Nabi saw. oleh itu, Umar sengaja berjalan disebelah orang kafir dengan harapan orang kafir akan memukul Umar, maka bolehla Umar membalas, namun tiada seorang pun yang berani.

Jazakallah Ustaz











No comments:

Post a Comment