kedai aku

Friday, April 27, 2012

TO ALL READERS BLOG NIH - AKU MAU BUAT RINGKASAN


Salam semua readers (walaupun siket, tapi ok la dari takder. ada gak pahala aku. insyaAllah). aku sedang berusaha untuk meringkaskan syarahan @ video @ artikel agama yg aku tengok @ study. jadi sape2 yg malas nak tngok video ustaz cerita panjang lebar @ baca artikel syarahan yang panjang lebar cerita pendapat itu dan pendapat ini, maka buleh jek baca ringkasan yg aku da buat (bukan aku yg buat hukum, tapi ulama tu la buat hukum, cuma aku ringkaskan).

cthnya pertanyaa tth hukum MLM. UZAR tulis paaaaaaaaaaaaaaaanjang lebar tak hengat. so aku baca kasi abes, & aku ringkaskan jek camner MLM buleh jadi haram.


Tujuan asal adalah untuk aku catit & tulis apa yg aku belaja supaya tak ilang & tak lupa. kalu kita baca @ dengar pastu kita tulis, sgt membantu untuk ingat perkara yng kita belajar. di samping tu korang juga buleh ambil manfaat. setiap apa yg aku ringkaskan, aku akan sertakan syarahan asal. (kalu ada salah, tlg tegur ar)

Semoga Allah guide aku dalam menulis hukum nie (aku just tulis apa ulama tulis @ cakap).

in b4, aku bukan Ustaz. bukan juga baru nak start. tapi akulah........ Ultraman Taro!!!!!!!

(kalu dapat ilmu tu, jgn lupa share tau. aku nak pahala lebih)

Bye

DOA WUDUK & KERJA SYAITAN - UAI



A 'u zubika min hamaza tis syaiton, wa a 'u zubika robbi 'ai yah durun,
Aku berlindung kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku, daripada gangguan syaitan, dan aku berlindung kepadamu Ya Allah ya Tuhanku daripada mereka datang kepadaku

Keja kita kena minta dari Allah selamatkan kita dari gangguan syaitan
keja syaitan = ganggu kita

syaitan ganggu sesuai dengan golongan yang dia nak kacau

kita tak mampu nak lawan syaitan berseorangan, jalan cara nak lawan ialah kita cari yg cipta syaitan iaitu Allah swt


SANGKA BAIK PADA ALLAH - UAI

Sunat baik sangka pada Allah

  • cth, kalu Allah bagi sakit, mmg da terbaek da tu. Allah tau mana yang paling terbaik bagi kita.
  • Jgn marah pada Allah jika musibah berlaku pada kita
  • Doa saje minta sembuh
  • Sakit itu, tanda Allah sayang kita (dengan syarat redha)
  • Sakit itu memperolehi pahala (dengan syarat beriman)
  • Rabiatul adawiyah luka 9 jari kaki, menangis bukan sebb 9 batang berdarah, tapi 1 yg tak luka. rugi sbb tak banyak pahala
  • Sabar (redha) time kena penyakit 

4 SIFAT PEREMPUAN TERBAIK - UAI



4 sifat perempuan terbaik

  1. Kecantikan
  2. Kaya
  3. Berketurunan Mulia
  4. Waraq (beragama)
Kalu ada muslimat yang baik gini, biar mahal & berhutang, g kawin. 

Lelaki akan memilih @ cari isteri dari segi salah satu sifat di atas. Maka yang terbaik adalah memilih yang beragama. sbb

kalu pilih 
cantik - tua da tak cantik
Kaya - harta tak kekal/berkurangan/tak laku bila mati
keturunan - (UAI tak citer la pulak. wuuuuuuuuu)
Agama - bahagia dunia akhirat

HUKUM MENONTON SEHATI BERDANSA - UAI

Sape tengok benda maksiat & dia berupaya ubah maksiat tersebut, tapi tak buat apa2 pun, maka kita kongsi dosa tersebut.

Kalu kita tngok benda kemaksiatan, lalu kita redha akan perkara maksiat. maka kita akan kongsi dosa maksiat tersebut

Sape yg tolong dalam apa jua pertolongan hingga maksiat boleh berlaku hatta derma 1sen sekalipun, maka kita akan dapat dosa tu sekali.

cara nak selamat ialah 3 cara

  1. Cegah guna tangan
  2. Lisan
  3. Hati (rasa benci & tinggalkan goolongan maksiat)

Wajib dalam 1 komuniti ada 1 jemaah yang buat Amal ma'ruf nahi mungkar

Thursday, April 26, 2012

ANNE YANG BEST & PEMURAH


Alhamdulillah, tadi selepas solat Jumaat, aku dan member2 macam biasa akan ke kedai mamak Farvis untuk makan kari kambing (peberet aku nih).






sampai2 jek kami di sana, terus Anne (panggilan untuk mamak restoran, aku pun tak tau maksud dia. org panggil, aku pun ikut) bagi kami nasi beriyani lauk ayam & kambing +++ air & acar. kira2 harga untuk 1 hidangan ialah rm10. Kami terkejut, tapi Anne kata "takpa2 ini ikhlas sbb kami ada buat kenduri"



sebenarnya, aku da makan kat kedai mamak nie semenjak dari aku belaja kat U. Sbbnya kedai nie jual Nasi kari ayam yg murah, sedap & banyak & tebabom kesedapannya (slurp). 

Setiap kali Musim Ramadhan, Anne nie akan hantar makanan sahur & berbuka di surau berdekatan setiap hari. Pernah sekali tu, aku langsung takder duit nak makan (student kan, normal ar). Hanya buka air masak jek. Dengan izin & rezeki dari Allah, Anne bagi aku makan secara percuma di surau. Kedai ni juga akan menyediakan juadah asas berbuka puasa kepada sesiapa yang hadir untuk buka pose. Anne  juga selalu bagi moreh untuk masjid berdekatan. Baru2 nie Anne baru balik dari Umrah, dia jamu pelanggan2 dia dengan kurma Ajwa (kurma Nabi yg sgt mahal. 100gm rm14) & air zam2. 

Aku tanya2 pada pekerja dia, kenduri apa nie, pekerja dia jawab, kenduri nie sbb nak bagi pahala sedekah pada pekerjanya yang telah meninggal tahun lepas. Dalam pemerhatian aku, belum ada lagi majikan yg aku jumpa @ dengar yg ingat pekerjanya yg mati pada tahun lepas. 

aku tulis entry nie supaya ramai org lagi dtg makan kedai dia supaya dia buleh banyak sedekah. (aku juga suka pegi makan kat kedai dia sbb dia suka pegi masjid).

Semoga Allah murahkan rezeki Anne.




SYARAT PINJAM & KEWAJIPAN PEMINJAM -UAI



Pinjam meminjam di kira sah jika :


  1. Secara sukarela. jika dipaksa tidak sah (selagi mana guna @ pegang barangan pinjam atas terpaksa, org tu berdosa)
  2. Brg dipinjam hak milik pemberi pinjam
  3. Manafaat brg tu takkan rosak jika di beri pinjam. (tak buleh kasi pinjam makanan)
  4. Tak sah bagi pinjam harta pada org yg buleh guna benda tu untuk buat benda haram cthnya (bagi pinjam pisau untuk pembunuh membunuh)
    1. Sama bab dengan haram jual barangan yang asalnya halal tapi jadi haram kepada org yg nak gunakan benda halal tu untuk benda haram cthnya jual tukul besi kepada perompak untuk rompak rumah. asalnya tukul besu tu benda halal, tapi disebabkan org yg nak bel tu nak guna benda tu pada benda haram, maka haram jual.

KEWAJIPAN PEMINJAM
  1. Mengembalikan barang yang dipinjam dalam keadaan baik (seperti masa pinjam @ lebih baik lagi bagus)
  2. Ganti barang pinjaman yang rosak
  3. Jaga @ rawat barangan yg dipinjam (jaga molek2)
Jika org yg meminjam kata da pulang balik, tapi kata pemberi pinjam tak tahu @ kata belum lagi. maka kaedahnya ialah sumpah atas nama Allah

RUKUN WUDUK - UAI




  1. Niat 
    1. (Sengaja aku mengangkat hadas yg kecil/wuduk/air sembahyang kerana Allah taala)
    2. Wajib time basuh muka
    3. sunat ketika basuh pergelangan tangan (kitab hidayatul salikin)
  2. Basuh Muka
  3. Basuh 2 tangan hingga siku
  4. Menyapu setengah kepala
  5. Basuh kaki hingga buku lali
  6. Tertib (ikut turutan)

6 perkara ini adalah perkara wajib dalam mengambil wuduk. kalu takder nie, tak sah wuduk.


Hukum Islam berdasarkan Quran - Hadith - Ijma' - Qias

Quran yang paling tinggi martabatnya (dalam 4 atas nie)

golongan yang katakan tak ikut ulama = sesat

dalam hadith hanya ada sebut tahi unta. guna qias, sumer tahi haiwan kecuali ikan kecil adalah najis

SOLAT JAMA' - DR ZAHARUDDIN




Solat Jama' ialah himpunkan solat @ satukan dua waktu solat menjadi watu waktu solat. hanya ada 2 sahaja iaitu

  • Zuhur & Asar
  • Maghrib & isyak
(jgn memandai nak himpun isyak dgn subuh @ asar & maghrib. aku lepuk karang)

Solat Jama' terbahagi kepada 2 jenis iaitu
  1. Jama' Taqdim (himpun 2 waktu solat dalam waktu awal (Zuhur @ Maghrib))
  2. Jama' Takhir (himpun 2 waktu solat dalam waktu akhir (Asar @ Isyak))
p/s hendaklah berniat hendak solat zohor pada waktu asar @ niat nak buat jama' takhir sebelum masuk waktu akhir. kalu tak, tidak sah jama' tu.

Syarat solat Jama'
  1. Musafir 
    1. Niat baik & tidak maksiat
    2. lebih 85 km
    3. di luar kawasan kampung @ taman perumahan

  2. Mesti berturut2. cthnya zuhur dulu baru asar. tak buleh solat asar dulu baru zuhur.

nota tambahan:
yg aku ingat, ada mazhab yg membolehkan solat jama' pada ketika sakit teruk. tapi bukan solat zuhur dalam waktu asar @ sebaliknya. tapi solat zuhur pada hujung waktu, kemudian habis waktu solat, trus solat asar.
(ni sekadar ingatan aku yg lemah & catatan diri aku sahaja melalui kuliah2 yg aku ikut. sila jgn ikut)



SYARAT SOLAT QASAR - DR ZAHARUDDIN




Qasar nie ialah memendekkan solat 4 rakaat jadi 2 rakaat je. Hanya untuk Zohor, Asar, & Isyak. Subuh & Isyak tak bleh pendek lagi da.


Syarat untuk men"qasar"kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-

  1. Musafir (perjalanan lebih 85km)
  2. Diluar kawasan kampung @ taman perumahan (tak buleh kat rumah sndiri)
  3. Tahu destinasi 
  4. Tujuan musafir bukan maksiat
  5. Tak buleh berimamkan imam solat penuh 4 rakaat
  6. Niat qasar pada waktu takbiratul ihram
  7. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.
p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link UZAR. sila dapatkan dalil & hujjah di sana










SENARAI BRAND DI BAWAH SYARIKAT TERNAMA

Wednesday, April 25, 2012

WAKTU MUSTAJAB DOA - DR ZAHARUDDIN


SEPERTIGA MALAM

TATKALA BERBUKA PUASA BAGI ORG BERPUASA

SELEPAS SOLAT FARDHU

KETIKA PERANG BERKECAMUK

SESAAT KETIKA HARI JUMAAT

TERBANGUN DARI TIDUR PADA MALAM HARI (DLM KEADAAN SUCI)

ANTARA AZAN DAN IQOMAH

SUJUD DALAM SOLAT

HUJAN

KETIKA AJAL TIBA

LAILATUL QADAR

HARI ARAFAH


p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link UZAR. sila dapatkan dalil & hujjah di sana

HUKUM MAKAN PERUT IKAN DAN HAIWAN LAUT SELAIN IKAN - UZAR



Harus makan perut ikan serta apa2 jua haiwan dalam laut tu (mesti jgn dua alam spt ikan tembakul @ tidak memudaratkan spt ikan buntal yg beracun)

p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link UZAR. sila dapatkan dalil & hujjah di sana

PEJAM MATA KETIKA SOLAT - UZAR



Hukum makruh

Harus jika pejam itu dapat hadir hati dalam solat (khusyuk)

p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link UZAR. sila dapatkan dalil & hujjah di sana

SEBAR GAMBAR POST MORTEM -UZAR

                                              p/s sekadar gambar hiasan sbb buaya takder aurat

Hukum menyebar @ kasi tunjuk sama org lain gambar post mortem (pembedahan) akan jadi HARAM sbb:
  1. (Jika) Tidak mendapat izin dari keluarga si mati 
  2. Nabi larang kita cerita keburukan si mati
  3. Menampakkan aurat si mati (ijma' ulama kata tak buleh dedahkan aurat si mati)
  4. Boleh menyebabkan org yg melihatnya trouma
p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link UZAR. sila dapatkan dalil & hujjah di sana

pendapat peribadi (jangan buat hukum dengan pendapat aku ni)
sy fikir berdsarkan pount 3, kita juga tak buleh sebarkan gambar mana2 lelaki @ perempuan dalam keadaan tidak menutup aurat. selaku org share gamba/video artis dalam facebook. sbb aurat ini adalah benda yang kita tak buleh tengok & tak buleh tunjuk

HUKUM MELABURKAN HARTA ZAKAT - UZAR



Secara umumnya harta zakat boleh dilaburkan dengan beberapa syarat tertentu yg ketat

  1. Sudah tiada lagi asnaf yg belum mendapat haknya (besar negra nie, boleh ke cek satu2 & haram melambat2kan agihan harta zakat)
  2. Pelaburan hanya untuk kebaikan asnaf (diyakini buleh untung)
  3. Perlaburan halal (cara & sektor)
  4. Wajib kaji & pantau sektor pelaburan
  5. Minimakan kos pengurusan
  6. Pelaburan tidak boleh dipengaruhi oleh mana2 pihak. mesti adil atas dasar merit bukan kroni
p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link UZAR. sila dapatkan dalil & hujjah di sana

HUKUM NON MUSLIM MASUK MASJID - UZAR



Orang2 non muslim TIDAK BOLEH SAMA SEKALI masuk Masjidil Haram (sepakat ulama)

Org non muslim boleh masuk masjid selain masjidil haram dengan beberapa syarat iaitu

  1. dengan izin umat Islam @ pihak bertanggungjawab
  2. Ada sebab yg munasabah spt kerja2 baikpulih, belajar solat, @ lawatan 
  3. Hormati masjid itu dgn tidak ganggu peralatan masjid & menutup aurat
p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link UZAR. sila dapatkan dalil & hujjah di sana 

HAJI HUTANG - UZAR

 

Org Islam mukallaf wajib pergi haji bila mampu. mampu di sini ialah dari segi

  1. Bekalan & makanan (cukup duit nak tampung perbelanjaan makanan disana & keluarga yg ditinggalkan)
  2. kenderaan & perjalanan (selamat. maksudnya jika ada peperangan di tengah jalan, maka tak wajib

Tidak wajib @ tidak perlu pergi haji jika perlu berhutang. 

Bolehkan Org yang Sedang Berhutang Pergi Haji?
Dibolehkan jika hutang itu dibayar dgn sistematik cthnya hutang beli rumah selama 30 tahun dan dia pergi haji itu tidak menggangu urusan bayaran balik hutang itu @ nafkah keluarga

Tidak boleh jika dia ada hutang dengan individu dlm masa yg singkat. cthnya Ali hutang RM3000 dengan Abu dan berjanji akan bayar dalam masa terdekat. tapi belum bayar. kalu nak pergi juga, perlu minta izin dengan Abu.

Jika pergi haji boleh menjejaskan kewangan keluarga sehingga terganggu nafkah keluarga & tak buleh bayar hutang. maka hukum pergi haji tu haram

Ada org tanya dengan nabi, perlu ke berhutang untuk pergi haji, nabi kata tidak .

p/s ini adalah ringkasan pembacaan aku dari link dibawah (gambar UZAR). sila dapatkan dalil & hujjah di sana



sedikit info tambahan. aku juga pernah dengar kuliah dari UAI, bahawa perempuan yang dalam iddah akbat kematian suami, haram ke makkah kerana kewajipan mereka untuk berada dalam rumah walaupun tiket & segala kelengkapan telah dibeli.

DOA UNTUK BUKAN ISLAM & BERSIN - UZAR

Haram doa untuk mendapat rahmat, keampunan @ dapat syurga

Harus doakan untuk dapat hidayah @ beberapa perkara dunia seperti sihat & sebagainya

Tak buleh doa kebaikan untuk orang2 yang zalim


Apa kita nak sebut bila org bukan Islam bersin?

sebutlah "semoga allah memberi hidayah pada mu"


Dalil & hujah boleh didapati daripada link dibawah
UZAR

Sunday, April 8, 2012

islamic : BEZA SEBAT CIVIL VS ISLAM

Ini adalah hukuman sebatan melalui undang2 jenayah sivil (yg ramai org agung2kan tu yg dorg kata tidak kejam)



Ini pula ada demo sebatan Islam vs sebatann civil



hakikatnya apa yg dipraktikan di Mesir, sebatan mengikut hukuman Islam sgt la lembut. kerana hukum Islam ini walaupun lembut tapi membawa kesan di hati