kedai aku

Thursday, April 26, 2012

ANNE YANG BEST & PEMURAH


Alhamdulillah, tadi selepas solat Jumaat, aku dan member2 macam biasa akan ke kedai mamak Farvis untuk makan kari kambing (peberet aku nih).






sampai2 jek kami di sana, terus Anne (panggilan untuk mamak restoran, aku pun tak tau maksud dia. org panggil, aku pun ikut) bagi kami nasi beriyani lauk ayam & kambing +++ air & acar. kira2 harga untuk 1 hidangan ialah rm10. Kami terkejut, tapi Anne kata "takpa2 ini ikhlas sbb kami ada buat kenduri"



sebenarnya, aku da makan kat kedai mamak nie semenjak dari aku belaja kat U. Sbbnya kedai nie jual Nasi kari ayam yg murah, sedap & banyak & tebabom kesedapannya (slurp). 

Setiap kali Musim Ramadhan, Anne nie akan hantar makanan sahur & berbuka di surau berdekatan setiap hari. Pernah sekali tu, aku langsung takder duit nak makan (student kan, normal ar). Hanya buka air masak jek. Dengan izin & rezeki dari Allah, Anne bagi aku makan secara percuma di surau. Kedai ni juga akan menyediakan juadah asas berbuka puasa kepada sesiapa yang hadir untuk buka pose. Anne  juga selalu bagi moreh untuk masjid berdekatan. Baru2 nie Anne baru balik dari Umrah, dia jamu pelanggan2 dia dengan kurma Ajwa (kurma Nabi yg sgt mahal. 100gm rm14) & air zam2. 

Aku tanya2 pada pekerja dia, kenduri apa nie, pekerja dia jawab, kenduri nie sbb nak bagi pahala sedekah pada pekerjanya yang telah meninggal tahun lepas. Dalam pemerhatian aku, belum ada lagi majikan yg aku jumpa @ dengar yg ingat pekerjanya yg mati pada tahun lepas. 

aku tulis entry nie supaya ramai org lagi dtg makan kedai dia supaya dia buleh banyak sedekah. (aku juga suka pegi makan kat kedai dia sbb dia suka pegi masjid).

Semoga Allah murahkan rezeki Anne.




No comments:

Post a Comment