Solat Jama' ialah himpunkan solat @ satukan dua waktu solat menjadi watu waktu solat. hanya ada 2 sahaja iaitu
- Zuhur & Asar
- Maghrib & isyak
(jgn memandai nak himpun isyak dgn subuh @ asar & maghrib. aku lepuk karang)
Solat Jama' terbahagi kepada 2 jenis iaitu
- Jama' Taqdim (himpun 2 waktu solat dalam waktu awal (Zuhur @ Maghrib))
- Jama' Takhir (himpun 2 waktu solat dalam waktu akhir (Asar @ Isyak))
p/s hendaklah berniat hendak solat zohor pada waktu asar @ niat nak buat jama' takhir sebelum masuk waktu akhir. kalu tak, tidak sah jama' tu.
Syarat solat Jama'
- Musafir
- Niat baik & tidak maksiat
- lebih 85 km
- di luar kawasan kampung @ taman perumahan
- Mesti berturut2. cthnya zuhur dulu baru asar. tak buleh solat asar dulu baru zuhur.
nota tambahan:
yg aku ingat, ada mazhab yg membolehkan solat jama' pada ketika sakit teruk. tapi bukan solat zuhur dalam waktu asar @ sebaliknya. tapi solat zuhur pada hujung waktu, kemudian habis waktu solat, trus solat asar.
(ni sekadar ingatan aku yg lemah & catatan diri aku sahaja melalui kuliah2 yg aku ikut. sila jgn ikut)
No comments:
Post a Comment